Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

725 Benih Tanaman Malaysia Kini Disimpan Dalam ‘Bilik Kebal Kiamat’

Posted on Mac 3, 2025Mac 3, 2025

Malaysia telah berjaya menyimpan benih warisan dan varieti tradisional di Svalbard Global Seed Vault (SGSV), Norway, bagi memastikan keterjaminan sumber genetik makanan.

Melalui Projek BOLD yang dibiayai oleh CropTrust, MARDI memilih 725 aksesi dari koleksi MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan yang dikumpul sejak 1977, termasuk varieti tradisional padi, terung, dan kacang panjang.

Struktur kebal SGSV yang terletak di Benua artik, Pulau Longyearbyen, Norway ini terletak di dalam keadaan permafrost dan secara semulajadi berada pada suhu -18°C

Penghantaran benih dilakukan dalam dua fasa pada Mei dan Disember 2024.

Pada 26 Februari 2025, SGSV dibuka untuk pertama kali tahun ini bagi menerima benih dari Malaysia dan 20 negara lain.

Langkah ini penting untuk melindungi sumber genetik makanan negara sekiranya berlaku bencana yang boleh memusnahkan kemudahan penyimpanan tempatan.

SGSV menawarkan penyimpanan benih pendua yang selamat, percuma, dan jangka panjang kepada semua bank gen dan negara yang mengambil bahagian dalam usaha bersama komuniti global untuk memastikan bekalan makanan dunia pada masa hadapan.

Svalbard Global Seed Vault, telah dilancarkan pada tahun 2008 dahulu sebagai sandaran bagi bank gen dunia yang menyimpan kod genetik ribuan spesies tumbuhan.

Kubu Benih ini berfungsi untuk tujuan kemanusiaan dan merupakan sebahagian daripada sistem antarabangsa bagi pemuliharaan kepelbagaian genetik tumbuhan, yang dikendalikan di bawah pertubuhan PBB untuk Makanan dan Pertanian (FAO).

Pada masa ini, kemudahan tersebut menyimpan sejumlah 1,331,458 sampel benih yang mewakili lebih 6,000 spesies tumbuhan.

Benih-benih ini disimpan di belakang pintu berat yang dilitupi lapisan ais berkilauan, dalam tiga bilik besar yang terletak jauh di dalam gunung.

Dikenali sebagai bilik kebal kiamat (‘doomsday vault’), kubu ini juga dipanggil sebagai Bahtera Nuh untuk benih.

Ia dikatakan sebagai lokasi yang ideal untuk penyimpanan jangka panjang, sebahagiannya kerana permafrost* menyediakan pembekuan yang menjimatkan kos dan ia akan mengambil masa yang lama untuk mencair sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

*Permafrost ialah tanah yang kekal beku sepenuhnya—32°F (0°C) atau lebih rendah—selama sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut. Tanah beku kekal ini paling biasa ditemui di kawasan pergunungan tinggi dan di latitud tinggi Bumi—berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan. – NASA.

{suggest}

Sumber: MARDI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress