Keuntungan Separuh Pertama Huawei Naik 30% Walaupun Alami Sekatan Dari AS

Syarikat pengeluar telefon pintar gergasi dari negara China, Huawei telah melaporkan mendapat keuntungan yang berganda pada pertengahan 2019 ini. Walaupun masih di pertengahan tahun, syarikat itu mampu mencatat pendapatan lebih baik berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Bilangan keuntungan juga pasti akan lebih baik sekiranya Huawei tidak mendapat sekatan daripada US.



Huawei mencatatkan peningkatan sebanyak 30% dalam tempoh separuh pertama tahun 2019. Peningkatan ini bertahan pada 39% pada suku pertama 2019, kemudian berlaku konflik di antara syarikat berkenaan dengan Kerajaan US pada bulan Mei dan Jun. Pelaksanaan 5G yang dipercepatkan membantu syarikat itu mengekalkan peningkatan dengan 50 kontrak komersial.



Jadi kini dengan kerajaan Amerika Syarikat dan Huawei semakin hampir untuk menyelesaikan konflik yang melanda, gergasi China itu akan meneruskan operasinya dalam mengejar sasaranĀ  menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu di seluruh dunia.