Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia

Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia

Diterbitkan Disember 14, 2019 oleh irfan suhaimee

Sejak beberapa tahun yang lalu, Huawei telah mula melonjakkan namanya di dalam ranking pengeluar telefon pintar terbaik dunia. Pada tahun 2016, Huawei telah bercita-cita untuk menduduki tangga pertama sebagai pengeluar telefon pintar terbaik menjelang 2021.

Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia

Menurut laporan dari Herald Korea, pada tahun ini, Huawei telah berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat yang kedua dalam ranking. Huawei telah berjaya menjual sebanyak 251 juta peranti sepanjamg tahun ini dan memperoleh 17.7% bahagian pasaran.

Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lalu di mana syarikat gergasi China itu hanya memperoleh sebanyak 14.4% bahagian pasaran. Jika dilihat, Huawei hanya ketinggalan 3.6% bahagian pasaran di belakang Samsung berbanding 5.6% pada tahun lalu.

Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia

Samsung kekal di tangga teratas dengan memperoleh 21.3% bahagian pasaran hasil penjualan 323 juta unit peranti tahun ini. Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lalu yang hanya memperoleh sebanyak 20.3% bahagian pasaran.

Manakala Apple kekal di tempat ketiga dengan memperoleh 13.6% bahagian pasaran dengan penjualan 193 juta unit peranti pada tahun ini.

Walaupun Huawei mendapat pelbagai sekatan dari Amerika Syarikat pada tahun ini, penjualan peranti terbarunya dilihat amat laris terutamanya di China. Dengan pengenalan peranti mercu terbarunya iaitu Huawei Mate 30 Pro, ia mendapat sambutan hangat di China walaupun peranti tersebut tidak dibekalkan dengan GMS.

Sumber : Gsmarena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY