Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Huawei Dilihat Bersama Sebuah Ipad Di Lapangan Terbang

CEO Huawei Dilihat Bersama Sebuah Ipad Di Lapangan Terbang

Diterbitkan Oktober 25, 2019 oleh irfan suhaimee

Syarikat pengeluar telefon pintar gergasi China, Huawei telah mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar, Tablet dan juga Komputer Riba. Tular di laman teknologi Weibo baru-baru ini apabila CEO Huawei, Ren Zhengfei dilihat bersama sebuah Ipad ketika berada di zon pemeriksaan keselamatan sebuah lapangan terbang yang tidak diketahui lokasinya.

CEO Huawei Dilihat Bersama Sebuah Ipad Di Lapangan Terbang

Dilihat pada gambar tersebut, seorang pegawai keselamatan sedang memeriksa beg yang dibawa oleh Zhengfei dan pegawai berkenaan sedang memegang sebuah Ipad yang dipercayai milik CEO Huawei tersebut. Namun begitu, pihak Huawei masih belum menjawab perkara tersebut dan berkemungkinan Ipad berkenaan benar milik Zhengfei atau bukan miliknya.

Beliau pernah memuji produk keluaran Apple dan anak perempuannya Meng Wanzhou didapati menggunakkan Iphone, Ipad Pro dan MacBook Air ketika ditahan di Kanada.

CEO Huawei Dilihat Bersama Sebuah Ipad Di Lapangan Terbang

Menurut Zhengfei dalam satu temubual pada Mei lalu:

“Anak-anak saya memilih menggunakkan produk keluaran Apple berbanding produk keluaran Huawei dan adakah perkara tersebut menyebabkan mereka tidak menyukai Huawei? Sudah semestinya tidak. Iphone mempunyai ekosistem yang bagus terutamanya ketika kami sekeluarga berada di luar negara. Saya tetap membeli Iphone dan ia tidak menjejaskan cinta saya kepada Huawaei.”

Ketika krisis US dan Huawei, beliau pernah ditanya adakah beliau membenci Apple, dan jawapannya tidak kerana beliau menganggap Apple sebagai gurunya.

Sumber : South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY