Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya ‘Remote Control’

Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya ‘Remote Control’

Diterbitkan Januari 13, 2022 · Dikemas kini Januari 13, 2022 oleh Meor Hasyim

25 Tesla. 13 Negara. 19 Tahun.

Seorang remaja berusia 19 tahun bernama David Colombo mendakwa beliau berjaya menggodam lebih dari 25 kereta Tesla dari 13 negara untuk membuka pintu, tingkap, radio, lampu hadapan, enjin, dan mampu untuk memandu secara jarak jauh.

So, I now have full remote control of over 20 Tesla’s in 10 countries and there seems to be no way to find the owners and report it to them…

— David Colombo (@david_colombo_) January 10, 2022

David Colombo yang juga seorang pakar IT telah menyahaktif sistem anti-curi kereta (Sentry Mode) dan boleh melihat sama ada pemandu berada dalam kereta.

Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya ‘Remote Control’
Sentry Mode – Sistem anti-curi Tesla

Selain itu, hanya dengan menaip command, beliau dapat mengetahui lokasi kereta, mengaktifkan Keyless Driving, dan banyak lagi.

Menurutnya, beliau boleh sahaja memandu kereta Tesla yang digodam namun memilih untuk tidak melakukannya.

Tambahannya lagi, kerentanan yang terjadi akibat godaman ini bukanlah kesalahan dari Tesla sebaliknya adalah berpunca dari kesilapan tuan punya kereta.

David mengatakan isu ini perlu diberitahu semula kepada tuan kereta yang terkesan namun seperti seakan mustahil kerana perlu mencari siapakah tuan kereta itu.

Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya ‘Remote Control’
David Colombo

Sehubungan dengan itu, beliau telah pun dihubungi pihak Tesla untuk menyiasat isu yang terjadi ini.

David Colombo menambah penggodam tidak perlu pun memandu secara jarak jauh untuk membuktikan ‘bahayanya’ perkara ini.

Hanya setakat membuka muzik dengan kuat itu pun boleh membahayakan pemandu yang digodam.

Kepakaran David Colombo adalah keselamatan siber. Di LinkedIn beliau, beliau mendakwa telah menulis kod pengaturcaraan pada umur 10 tahun lagi.

Sumber: New York Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY