Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple

Ketua Penggodam Lapsus$ Adalah Seorang Remaja Autisme Telah Ditahan Polis London

Diterbitkan Mac 25, 2022 · Dikemas kini Mac 25, 2022 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang grup penggodam Lapsus$ yang dipercayai dianggotai oleh sebilangan remaja yang dipercayai berada di London.

Hasil siasatan ke atas grup itu kini membuahkan hasil selepas pihak Polis Bandar London memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menahan seramai 7 remaja yang dipercayai mempunyai kaitan dengan grup penggodam tersebut.

Remaja-remaja itu yang kini berada dalam tahanan polis berumur antara 16 hingga 21 tahun. Salah seorang darinya yang dipercayai ketua grup penggodam itu baru berumur 16 tahun dan adalah seorang remaja autism.

Pihka Polis London masih lagi meneruskan siasatan ke atas grup penggodam itu yang dipercayai masih terdapat beberapa anggota lainnya yang masih bebas.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa itu masih belum tahu berapa ramaikah jumlah anggota kumpulan penggodam itu.

Kejayaan penahanan ketua grup penggodam itu turut dibantu oleh penyelidik keselamatan dan pesaing kepada grup penggodam itu yang telah mendedahkan nama, alamat dan gambar tertuduh yang diperoleh dari media sosial.

Mereka mendakwa, remaja autisme itu peroleh kekayaan sehingga lebih  daripada USD14 juta hanya menerusi aktiviti penggodamananya.

Lapsus$ dipercayai terlibat dalam jenayah siber selepas didakwa menggodam syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Nvidia, Samsung, Ubisoft, Okta dan Microsoft.

Sumber: BBC, Bleeping Computer

Baca juga:

  • Grup Penggodam Lapsus$ Dipercayai Dianggotai Sekumpulan Remaja
  • Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY