Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Asean Perlukan 184 Hari Untuk Mengesan Pelanggaran Keselamatan Siber

Grup Penggodam Lapsus$ Dipercayai Dianggotai Sekumpulan Remaja

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam beberapa minggu yang lepas, syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Nvidia, Samsung, Ubisoft, Okta dan Microsoft telah terjejas dengan insiden penggodaman yang dipercayai dilakukan oleh grup penggodam Lapsus$.

Berdasarkan kepada laporan terbaru oleh Bloomberg, grup penggodam itu dipercayai dianggotai oleh sekumpulan remaja dan operasi penggodaman berkemungkinan diketuai oleh seorang remaja yang berada di England.

Bloomberg dalam laporannya itu berkata, seramai 4 orang penyiasat sedang menyiasat grup penggodam Lapsus$ ini.

Hasilnya, mereka mengesan ketua grup penggodam itu berada sekitar 8 kilometer di luar Universiti Oxford.

Selain itu, grup itu juga turut dianggotai oleh remaja dari negara lain seperti dari negara Brazil.

Pakar keselamatan percaya grup penggodam ini juga adalah yang bertanggungjawab menggodam pangkalan data EA tahun 2021 lalu.

Pada awal Mac lepas, grup penggodam Lapsus$ telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang dibuat ke atas Samsung.

Grup itu mendakwa mereka telah berjaya mencuri kod yang mendedahkan tentang operasi nyahkunci biometrik, kod rahsia daripada Qualcomm, kod pengaktifan pelayan Samsung, kod pengesahan akaun Samsung dan banyak lagi.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna
  • Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY