Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 15

Keterujaan Naik Taraf iOS 15 Sedikit Berkurang Berbanding iOS 14

Diterbitkan September 23, 2021 · Dikemas kini September 23, 2021 oleh Amsyar Latif

iOS 15 rasmi dilepaskan kepada umum pada awal pagi 21 September waktu tempatan. Namun, ia dilihat keterujaan pengguna terhadap iOS 15 sedikit kurang berbanding iOS 14 tahun lalu.

Memetik laporan yang dikeluarkan mixpanel, sebanyak 8.59% pengguna pada hari Rabu 12:00 am ET berbanding 14.5% dalam tempoh yang sama untuk iOS 14.

Bagaimanapun, data ini bukanlah rasmi daripada Apple dan mereka memperoleh data dari mobile analytics SDK. Jika iOS 14, Apple menyatakan sebanyak 81% peranti iPhone yang sudah menjalankan perisian tersebut pada penghujung tahun lalu.

Senarai Model iPhone Yang Terima Kemaskini iOS 14
iOS 14

Perkara ini tidak menghairankan kerana iOS 14 membawa perubahan yang lebih ketara dimana mempunyai ‘App Library’ serta ‘Widget’ sehinggakan ramai pengguna iPhone berkongsi tema apa yang ingin dibuat walaupun perkara sebegitu bukanlah sesuatu yang baharu bagi pengguna Android.

Pada iOS 15, ia lebih kepada penambahbaikan dan Apple juga memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahu kekal menggunakan iOS 14.8 yang akan menerima kemas kini sekuriti atau menaik taraf iOS 15 di bahagian tetapan.

iOS 15.1
iOS 15.1 shareplay

Dalam pada itu, sehari selepas iOS 15 dilepaskan, Apple turut melepaskan iOS 15.1 beta yang mana mereka kembalikan semula fungsi ‘SharePlay’.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

  • Ini Adalah Perkara Baharu Yang Ada Pada iOS 15
  • Ini Sebab Kenapa Ramai Yang ‘Kecewa’ Dengan iPadOS 15
  • Apple Dilapor Mahu Tawar Fungsi Pantau Kesihatan Mental

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY