Ketahui Maksud Disebalik Abjad Yang Ada Pada Cip AMD Ryzen

Jika anda melihat CPU daripada AMD di pasaran, nama CPU tersebut mempunyai huruf padanya seperti G, X, U, H dan T. Sebenarnya, setiap huruf tersebut membawa maksud yang tersendiri disebaliknya.



Huruf-Huruf Pada CPU AMD Ryzen




Tidak semua cip pemprosesan AMD Ryzen berada pada kegunaan yang sama. AMD meletakkan huruf pada CPU mereka untuk membezakan kuasa pemprosesan dalam setiap CPU.




Abjad "G"


Cip pemprosesan Ryzen yang mempunyai huruf ini bermaksud ia mempunyai unit pemprosesan grafik Radeon di dalamnya. Jadi, anda tidak perlu untuk membeli kad grafik asing dalam binaan PC anda jika CPU anda dalam kategori ini.

Abjad "X"


Cip pemprosesan Ryzen dengan huruf X menunjukkan ia mempunyai prestasi yang tinggi, lebih banyak menggunakan kuasa dan mempunyai ciri "overclock". Overclock membolehkan ia meningkatkan kelajuan pemprosesan lebih tinggi daripada had.

Abjad "U"


Huruf U membawa maksud ia menggunakan kuasa yang lebih rendah berbanding model CPU yang lain. Selain itu, ia mempunyai kuasa prestasi yang rendah dan menghasilkan haba yang lebih rendah.

CPU ini boleh kita lihat pada komputer riba kerana rekaan kecil dapat memanfaatkan ciri yang ada pada CPU ini.

Abjad "H"


CPU ini mempunyai prestasi yang berkuasa, "clock speed" yang lebih tinggi dan menggunakan kuasa yang lebih banyak. Jadi, secara tidak langsung ia memerlukan sistem penyejukan yang besar dan berkualiti.

Anda kebiasaannya akan menjumpai CPU ini pada komputer riba "gaming" yang mahal harganya dek kerana sistem penyejukan efektif yang ditawarkan bersamanya.

Abjad "T"


Cip pemprosesan Ryzen dengan huruf T mempunyai "clock speeds" turbo yang tinggi dan lebih pantas. Sebagai contoh, jika anda nampak cip pemprosesan Ryzen dengan "XT" padanya, CPU tersebut mempunyai prestasi dan "clock speeds" yang dipertingkatkan.

Saya harap penulisan ini dapat membantu anda dalam memahami fungsi dan kemampuan setiap model CPU yang dihasil oleh AMD. Oleh itu, anda sudah tahu untuk memilih CPU yang paling sesuai dan tepat bagi keperluan PC anda.

Sumber: Tech Consumer Guide

Gambar utama: Techspot

{suggest}

Berkaitan