Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7000

Siri AMD Ryzen 7000 Dikhabarkan Mempunyai Kelajuan CPU Maksimum 5.85GHz

Diterbitkan Jun 1, 2022 oleh Firdaus

Pada penghujung Mei lepas, AMD telah mengumumkan cip pemprosesan baharu siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 dan menyokong  platform serba baru AM5. Selain itu, AMD juga telah memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan CPU ini dengan bacaan sekitar 5.5GHz.

**anda boleh langkau terus ke minit 3:20 untuk melihat prestasi AMD Ryzen 7000 Zen4

Tambahan lagi, AMD telah mengesahkan CPU ini mempunyai spesifikasi TDP (thermal design power) 170W. TDP merujuk kepada penggunaan kuasa daripada CPU ketika ia sedang bekerja.

AMD Akhirnya Umum Papan Induk Generasi Baharu – X670E, X670 Dan B650
AMD Ryzen 7000 1

Oleh itu, kita dapat jangkakan siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 mempunyai prestasi yang tinggi tanpa memerlukan penggunaan kuasa yang terlalu besar bagi CPU dalam kelasnya.

AMD Ryzen 7000

Selain itu, berdasarkan laporan daripada Angstronomics seperti di bawah:

“Berkenaan sasaran frekuensi, demo permainan yang menunjukkan frekuensi maksimum 5.55GHz adalah bukan versi akhir. Sementara itu, Angstronomics telah mengetahui bahawa terdapat Nombor Bahagian Pesanan (OPN) yang diperlukan untuk menyokong prestasi hingga Fmax 5.85 GHz, kita perlu menunggu dan melihat apakah tetapan frekuensi ketika dilancarkan nanti.”

Bacaan 5.5GHz adalah satu angka yang sangat besar untuk prestasi sesebuah CPU, apatah lagi keupayaan untuk mencapai bacaan hingga 5.85GHz dalam prestasinya nanti.

Oleh itu, berkemungkinan besar CPU dengan 16 teras ini akan memanfaatkan keseluruhan TDP 170W nya untuk mencapai bacaan melebihi 5.5GHz seperti yang kita lihat dalam Computex 2022.

AMD Akhirnya Umum Papan Induk Generasi Baharu – X670E, X670 Dan B650

Walau bagaimanapun, prestasi di atas hanya mampu dicapai melalui papan induk siri 600 baharu berasaskan platform AM5. Hanya papan induk itu sahaja yang mempunyai VRM yang cukup untuk menyokong penghantaran kuasa tinggi seperti yang diperlukan CPU ini.

Sumber: wccftech

Baca juga:

  • Ketahui Maksud Disebalik Abjad Yang Ada Pada Cip AMD Ryzen
  • Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi – Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz
  • AMD Akhirnya Umum Papan Induk Generasi Baharu – X670E, X670 Dan B650

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY