Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bateri EV Chery Omoda E5 Jadi Yang Pertama Di Malaysia Diiktiraf SIRIM

Bateri EV Chery Omoda E5 Jadi Yang Pertama Di Malaysia Diiktiraf SIRIM

Diterbitkan Disember 20, 2024 · Dikemas kini Disember 20, 2024 oleh ariff bukhari

SIRIM QAS International (SIRIM), badan pensijilan, pemeriksaan dan ujian terkemuka di Malaysia telah mengiktiraf Pek Bateri Kenderaan Elektrik (EV) – Bateri Litium yang digunakan dalam model EV Chery yang ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu OMODA E5.

OMODA E5 yang merupakan satu-satunya EV dari Chery yang ditawarkan di Malaysia ketika ini dikuasakan oleh bateri bilah litium-besi fosfat berkapasiti tinggi 61kWj.

Ia mampu menyampaikan prestasi sehingga 201hp dan tork 340Nm sambil memberikan julat sejauh 430km berdasarkan Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmonised Seluruh Dunia (WLTP).

Chery sirim

Bateri EV tersebut telah menjalani ujian ketat di China mengikut piawaian UN R100 untuk memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan prestasi antarabangsa untuk kebolehpercayaan, kecekapan dan ketahanan.

“Menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang menerima pensijilan bateri EV adalah satu penghormatan yang luar biasa dan pencapaian penting bagi kami di Chery Malaysia. Kami berbangga untuk menerajui dalam memajukan industri kenderaan elektrik dengan OMODA E5 kami di Malaysia dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau. Kami berusaha untuk terus berinovasi dan menerajui industri kenderaan elektrik,” Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia.

Bateri EV Chery Omoda E5 Jadi Yang Pertama Di Malaysia Diiktiraf SIRIM
Chery telah meraikan unit (CKD) pertama OMODA E5 dari barisan pengeluarannya di Kilang Inokom di Kulim, Kedah. Harga jualan EV Chery OMODA E5 di Malaysia adalah berharga RM146,800.

Tidak terhenti di sini, Chery Malaysia juga memaklumkan mereka tidak sabar untuk mendapatkan pensijilan SIRIM untuk bateri pada barisan EV akan datang yang akan ditawarkan di Malaysia.

Berkaitan

  • Chery OMODA E5 Tiba Di Malaysia, Cas EV Ini Dari 30% Ke 80% Hanya 28 Minit
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • U Mobile Menang Anugerah Syarikat Terbaik Malaysia 2024

Sumber: Chery

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Temui Platform Penstriman, Pastikan Kandungan Hormati Sensitiviti Penonton Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
©2026 WISER.MY