Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Display

Kesan Garis Lipatan Hampir Tiada, Samsung Perlihat Skrin Yang Boleh Dilipat 360 Darjah

Diterbitkan Januari 20, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Samsung Display telah mengeluarkan sebuah paparan prototaip dan engsel (hinge) yang baharu. Paparan ini bergelar “Flex In & Out” di mana pengguna boleh melipatnya sehingga 360 darjah.

Ini bermaksud paparan tersebut boleh dilipat ke dalam atau ke luar mengikut keselesaan pengguna.

Samsung Display prototype folded outwards being held in somebody’s hands.
Sumber: The Verge

Samsung Display merupakan anak syarikat Samsung dan bertanggungjawab ke atas skrin peranti mereka.

Paparan “Flex In & Out” hadir dengan rekaan hinge yang baharu di mana garis lipatannya kurang kelihatan.

Ini kerana rekaan hinge tersebut akan menghasilkan bentuk seperti titisan air apabila skrin dilipat ke dalam.

Kesannya, lipatan tersebut akan memberi kurang tekanan kepada skrin dan garis lipatan tidak akan terlihat dengan jelas.

The prototype.
Sumber: The Verge

Prototaip skrin “Flex In & Out” telah pun diperlihatkan semasa acara yang lain seperti IMID (International Meeting for Information Displays).

Namun, prototaip tersebut dilipat seperti huruf “S” dan mempunyai banyak bahagian.

Berkemungkinan besar yang skrin baharu ini akan digunakan dalam siri Galaxy Z Fold 5 yang akan datang.

Berkaitan

  • Samsung Dah Jumpa Cara Hilangkan Garis Lipatan Pada Telefon Lipat Mereka
  • Syarikat Di Sebalik KFC, Pizza Hut, Taco Bell Jadi Sasaran Penggodam, Hampir 300 Restoran Terjejas
  • Ada Sinar, Tambang Percuma Untuk 2 Golongan Sedang Dibincang Kementerian, KTMB Dan Prasarana
  • iPhone Lebih Bernilai Berbanding Telefon Pintar Android - Kajian
  • Usain Bolt Didakwa Jadi Mangsa 'Scam', Lebih RM54 Juta Lesap Dari Akaun

Walau bagaimanapun, pelancaran siri itu masih lagi belum diketahui malah siri Galaxy Z Flip 5 juga dikatakan akan dilancarkan pada Ogos ini.

Buat masa sekarang, semua tumpuan tertuju kepada siri Galaxy S23 yang bakal hadir dalam majlis Galaxy Unpacked pada 2 Februari depan.

Sumber: TheVerge

Gambar Utama: TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY