Ada Sinar, Tambang Percuma Untuk 2 Golongan Sedang Dibincang Kementerian, KTMB Dan Prasarana

Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KMTB) dan Prasarana Malaysia Berhad tentang tambang percuma pengangkutan awam bagi pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU), terutamanya tren.

Pengumuman berkenaannya akan diadakan selepas perayaan Tahun Baru Cina.
“Semalam selepas mesyuarat saya telah meminta pihak operator khususnya KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagaimana kita nak laksanakannya. Ia bagi kegunaan golongan OKU dan pelajar termasuk kawasan Pantai Timur, Lembah Klang dan Utara.

Sememangnya ia dalam rancangan kementerian, Anthony Loke berkata fokus pihaknya sekarang ialah mengoptimumkan sumber selain menstruktur semula bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan supaya lebih bersasar dan sistematik.



Beliau juga telah meminta KTMB untuk memanfaatkan sehabis baik subsidi yang disalurkan daripada kerajaan agar memberi faedah terutama pada golongan pelajar dan OKU.
"Saya tak perlukan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, (guna) peruntukan sedia ada, apabila kita merombak semula (subsidi) dan sasarkan peruntukan itu ia akan membantu khususnya kepada OKU dan pelajar," katanya.

Kapsyen: Imej | RapidKL


Selain itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri juga dilaporkan berkongsi perkara sama di mana beliau juga berkata warga OKU kelak akan menikmati kemudahan tambang pengangkutan awam secara percuma meliputi LRT, MRT dan bas henti-henti.

{suggest}

Selain KTMB dan Prasarana, Anthony Loke di samping itu turut mengatakan bahawa pihaknya sedang melihat sektor atau perkhidmatan lain yang mungkin dapat diberikan dengan percuma secara berfasa kepada 2 golongan disebut di atas.

Sumber: BERNAMA