Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Z Fold4

Samsung Dah Jumpa Cara Hilangkan Garis Lipatan Pada Telefon Lipat Mereka

Diterbitkan Januari 16, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Siri Galaxy Z Fold daripada Samsung dikira sebagai salah satu rekaan telefon pintar yang “rumit”.

Telefon pintar lipat sepertinya memerlukan pelbagai jenis ciri yang perlu dititikberatkan.

Berkaitan

  • Astro Tawar Akses Tontonan Percuma Untuk Saluran Baharu Sehingga 31 Januari
  • Elak Sebar Kandungan Undang Ketegangan Masyarakat - MCMC
  • Malaysia Terawal Ditawar Perkhidmatan Starlink Berbanding Negara Jiran Yang Lain
  • Masalah Skrin Pada iPhone 14 Pro Akan Diselesaikan Melalui Kemas Kini iOS
  • 2 Model Sony Walkman Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Ini kerana skrin telefon tersebut perlu dilipat berulang kali dan pada masa yang sama tidak merosakkannya. Oleh disebabkan itu, Samsung akan menaik taraf siri Galaxy Z Fold5 mereka yang akan datang dengan teknologi baharu.Galaxy Fold

Naver melaporkan bahawa telefon lipat Samsung yang seterusnya akan disertakan dengan engsel (hinge) yang baharu.

Syarikat ini juga akan mengekalkan ciri kalis air IPX8 jika hinge tersebut akan dipasang.

Samsung Dah Jumpa Cara Hilangkan Garis Lipatan Pada Telefon Lipat Mereka
Sumber: AndroidPolice

Dengan bentuk seakan-akan titisan air, komponen ini akan memastikan tiada sebarang crease terlihat semasa dilipat.

Rekaan di atas hampir sama seperti rekaan yang dijumpai di Moto Razr. Ciri ini dikatakan akan mengurangkan tekanan dan bekas lipatan selepas dibuka berulang kali. Malah, siri OPPO Find N juga menggunakan pendekatan yang dilakukan Motorola.

Buat masa sekarang, tiada sebarang spesifikasi atau gambar yang menunjukkan model Galaxy Z Fold5. Namun, siri telefon lipat ini bakal dilancarkan pada tahun 2023 ini juga.

Sumber: AndroidPolice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY