Terjun Gaung, Nilai Pasaran Kriptowang Hilang Lebih Dari $1 Trillion

Sejak dari November 2021, Bitcoin mengalami kejatuhan secara perlahan-perlahan dan hari ini sudah hilang nilai asal sebanyak 50%.

Pada harga sekitar RM150,000 ketika ini, ia juga merupakan nilai Bitcoin yang terendah sejak dari Julai 2021 yang pernah mencapai RM288,000 satu Bitcoin.

Sebagai penghulu segala kripto, penyusutan nilai Bitcoin juga turut memberi tempias kepada keseluruhan pasaran kriptowang.

Satu ketika semasa di kemuncak, nilai pasaran keseluruhan kriptowang pernah mencapai $3 trillion. Namun setakat semalam sudah lebih dari 1$ trillion hilang akibat kejatuhan ini.

Kriptowang kekal menjadi aset pelaburan yang berisiko tinggi. Jadi anda dinasihatkan untuk faham selera risiko sendiri jika mahu melabur dalam aset sebegini.

Baca juga: