Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang Xiaomi 12 Ultra yang dikatakan akan menggunakan teknologi kamera hasil kerjasama Xiaomi dan Leica. Ura-ura terbaru pula mendakwa Mix 5 didatangi dengan rekaan bulat di bahagian kamera belakang dan menjadi telefon pertama hasil kerjasama Xiaomi-Leica ini.
Siri ini akan diperkenalkan dengan dua model iaitu Mix 5 dan Mix 5 Pro.
https://twitter.com/RODENT950/status/1478681617396867077?s=20
Jika anda mengikuti perkembangan telefon Xiaomi, pasti anda tidak asing dengan siri Mix yang sentiasa hadir dengan reka bentuk atau ciri yang 'asing' dan futuristik. Mix 4 sebelum ini menjadi telefon pertama Xiaomi dengan kamera bawah skrin dan dijangka Mix 5 juga akan meneruskan unsur ini.
Kamera bawah skrin mungkin akan mengoptimasikan sensorĀ 48MP tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran ramalan ini berbanding spesifikasi lain.
Xiaomiui berkongsi desas-desus bahawa siri Mix 5 akan disertakan skrin E5 AMOLED 6.73 inci dengan sokongan ULPS dan LTPO 2.0 dan resolusi WQHD+. Dengan kecerahan maksimum 1500 nit dan perlidungan Corning Gorilla Glass Victus, kedua-dua Mix 5 dan Mix 5 Pro turut mempunyai sokongan HDR10 dan Dolby Vision.
Tidak dilupakan juga, ia akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 sebesar 12GB dan storan maksimum 256GB serta paling penting untuk tahun 2022, sokongan 5G. Bagi bateri pula, Mix 5 Pro mungkin hadir dengan bateri setinggi 5000mAh dan mempunyai pengecasan berwayar 200W dan 50W tanpa wayar.
Mix 5 Pro dikatakan akan mempunyai pembesar suara talaan Harman Kardon selain kamera yang lebih baik daripada Mix 5.
Sumber juga meramalkan Xiaomi akan meletakkan kamera 50MP iaitu Samsung ISOCell GN5 pada siri Mix terbaru ini namun Xiaomiui turut melaporkan cip buatan Xiaomi iaitu Surge C2 akan sama menjana Mix 5 Pro untuk pemprosesan gambar.
Siri Mix 5 ini dijangka dirasmikan di China pada bulan Mac ini dan tidak dipastikan apakah ia hanya ekslusif untuk pasaran sana.
Sumber: LetsGoDigital, Xiaomiui
Gambar: LetsGoDigital
Baca juga:
- Senarai Peranti Yang Sokong MIUI 13, Kemas Kini Bermula Suku Pertama 2022
- Xiaomi 12 Dilancarkan - Cip Baharu, Skrin Padu
- Cip Snapdragon 7 Gen 1 Dikatakan Dalam Perjalanan Untuk Diumum
Berkaitan
- Orang Kuat Xiaomi, Manu Kumar Jain Angkat Kaki Daripada Syarikat
- Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit
- Imej Xiaomi 12 Lite Tertiris, Beberapa Spesifikasi Asas Turut Didedahkan
- Windows 12 Mungkin Diperkenal Pada 2024
- Mobile Phone Museum Dilancar, Pamer 2,121 Model Sejak 1984
- Lagi Imej Xiaomi 12 Ultra Didedah, Dikatakan Guna Lensa Terbaru Daripada Sony
- Xiaomi Malaysia Akan Umum Peranti Redmi Baharu Pada 7 Julai Ini
- Xiaomi Mungkin Perkenal Peranti Seakan-Akan Mac mini Dalam Acara Pelancaran Xiaomi 13
- Xiaomi Kuwait Dipercayai Tidak Sengaja Bocorkan Gambar Redmi Pad
- Xiaomi 12 Versi Biasa Mungkin Hadir Dengan 100W