Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alef Aeronautics rural-road

Kereta Terbang Elektrik Pertama Di Dunia Diluluskan FAA, Boleh Di Pra Tempah Pada Harga RM700 Sahaja

Diterbitkan Julai 4, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat berpangkalan di Santa Clara, California yang membina kereta terbang yang dikuasakan elektrik sepenuhnya kini membuka pra tempah kepada para pelanggan.

Ia selepas kereta terbang yang dibangunkan oleh Alef Aeronautics itu telah menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Sekaligus bermakna syarikat itu akan dibenarkan untuk menguji kereta terbang itu di jalan dan ruang udara.

Hanya dikenali sebagai “Model A”, kereta terbang elektrik sepenuhnya ini (dengan pilihan hidrogen untuk harga yang lebih tinggi) ialah kenderaan berkelajuan rendah yang boleh dipandu sehingga 200 batu (~321km) di jalan awam.

Tetapi ia juga boleh dilancarkan secara menegak ke udara dengan jarak terbang sejauh 110 batu (~177km), menurut Alef Aeronautics.

Kereta terbang elektrik ini sudah boleh dipra tempah dengan harga USD150 (~RM700) untuk giliran menunggu biasa atau deposit USD1,500 (~RM7,000) bagi giliran keutamaan.

Harga penuh seunit kereta terbang elektrik Alef Model A ini dianggarkan berharga sekitar USD300,000 (~RM1.39 juta).

Alef Aeronautics merancang untuk memulakan pengeluaran dan penghantaran pertama produk mereka itu kepada pelanggan pada suku ke-4 tahun 2025 nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'
  • Kenderaan EV Mungkin Akan Guna Nombor Plat Khas, Cukai Jalan Lebih Rendah

Sumber: NY Post, Alef Aeronautics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY