Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Orbic ebike

Ini Adalah e-Basikal 5G Pertama Di Dunia Dengan Ciri AI Elak Kemalangan

Diterbitkan Mac 4, 2024 ยท Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh ariff bukhari

Di MWC 2024, sebuah syarikat peneraju dalam inovasi elektronik yang mampan, Orbic telah melancarkan e-Basikal 5G pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi pengesanan objek AI dan pengesanan perlanggaran AI.

Teknologi baharu Orbic sini secara aktif memantau persekitaran belakang e-Basikal tersebut dan memberi amaran kepada penunggang tentang potensi bahaya, seperti kenderaan yang akan datang.

Ini Adalah e-Basikal 5G Pertama Di Dunia Dengan Ciri AI Elak Kemalangan

“Dengan menyepadukan ketersambungan 5G dan teknologi AI, kami menyasarkan untuk mentakrifkan semula pengalaman menunggang, menjadikannya lebih selamat, lebih berhubung dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar sama ada di jalanan bandar, di kawasan kejiranan pinggir bandar atau rupa bumi yang mencabar di denai gunung. 5G e-Bike mewakili lonjakan ketara dalam mobiliti elektronik, dan kami teruja untuk membawa teknologi baharu ini ke bandar-bandar di seluruh dunia.” Orbic.

Ini Adalah e-Basikal 5G Pertama Di Dunia Dengan Ciri AI Elak Kemalangan

Orbic 5G e-Bike ini mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 45km/j, menggabungkan sistem pengesanan pengesanan AI termaju yang memanfaatkan sensor dengan medan pandangan 140 darjah yang diletakkan secara strategik di bahagian belakang basikal.

e-Basikal ini juga dilengkapi dengan kamera 64MP menghadap hadapan untuk menangkap dan menstrim langsung setiap pengembaraan dan kamera 8MP pada paparan hadapan sesuai untuk penunggang membuat panggilan video.

Manakala kamera belakang 2MP pula untuk keselamatan penunggang yang dipertingkatkan, mengelakkan perlanggaran dan pengesanan objek.

Ini Adalah e-Basikal 5G Pertama Di Dunia Dengan Ciri AI Elak Kemalangan
Dikuasakan sistem Android yang dipacu cip Qualcomm Octa Core.

Selain itu, ia turut dilengkapi skrin sentuh bersaiz 7-inci yang memaparkan status bateri, kelajuan, jarak, peta, penjejakan dan pelbagai fungsi lain.

Buat masa ini, tiada makluman bilakah e-Basikal ini akan berada di pasaran.

Berkaitan

  • MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT
  • HONOR Terima 45 Anugerah Daripada Media Di MWC 2024
  • Lebih Baik Beli Kredit Daripada 'Bazir' Wang Pada EV - Toyota

Sumber: PR Newswire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY