Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fuxing bullet train

Kereta Api Laju Dengan Rangkaian 5G Pertama Di Dunia Dilancar

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh Amsyar Latif

China semakin rancak dalam arena teknologi, baik dari segi rangkaian internet, peranti mahupun kenderaan. Masihkah anda ingat dengan kereta api terpantas dunia? Kereta api yang berkelajuan 600 km/j itu terletak di China.

Kini, mereka bergerak ke hadapan lagi dengan memperkenalkan kereta api laju pintar “5G express Fuxing bullet train” yang berkelajuan 350 km/j dan ia adalah bertujuan untuk Sukan Olimpik Beijing yang bakal berlangsung awal Februari nanti.

Apa yang uniknya, kereta api itu bukan sahaja laju tetapi ia turut mempunyai rangkaian 5G terbina buat penumpangnya. Ini adalah pertama di dunia di mana kereta api laju yang hadir dengan 5G.

5g train

Rangkaian 5G itu khusus buat media yang akan melaporkan acara olimpik itu nanti seperti menemu bual secara langsung bersama atlet.

Selain itu, kereta api ini juga mempunyai rintangan angin yang rendah dan rekaannya ringan. Malah, ia turut 10% lebih jimat tenaga dimana mampu memberi penjimatan sebanyak 1.8 juta kilowatt jam elektrik dalam satu tahun.

5g train 2

Menariknya, kereta api tersebut dibina berasaskan bahan mesra alam dan lebih 50% bahannya boleh dikitar semula. Pada masa sama, ia direka untuk perkhidmatan selama 30 tahun.

Tambahan lagi, dengan teknologi komunikasi terbaru, kamera dan sensor, kereta api ini mampu mengimbas sejauh 14 km untuk mengetahui sama ada terdapat gangguan atau halangan yang berada di landasan.

Terdapat 8 gerabak dan boleh membawa sehingga 564 penumpang. Namun, disebabkan COVID-19, mereka mengehadkan kepada separuh sahaja yang boleh menaiki kereta api ini.

Sumber: globaltimes

Baca juga:

  • Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu

  • Ini Ekosistem Google Akan Datang, Mirip Apple

  • Landsat 9, Satelit Pemerhati Lanskap Bumi Terbaru NASA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY