Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Perbezaan Di Antara Bytes & Bits Serta Kegunaannya

Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi suku keempat iaitu dari 1 Julai hingga 30 September 2021, kelajuan capaian jalur lebar mudah alih negara telah meningkat sebanyak 6.34Mbps.

Sekaligus menjadikan kelajuan perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini meningkat kepada 31.34Mbps pada tahun lalu.

Ia adalah satu peningkatan yang cukup ketara jika dibandingkan dengan kelajuanĀ  jalur lebar mudah alih di negara ini pada bulan Ogos 2020 lalu di mana ia hanya selaju 25Mbps sahaja.

Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu

Kerajaan melancarkan JENDELA untuk memberi liputan yang lebih meluas dan pengalaman kualiti jalur lebar yang lebih baik kepada rakyat, sebagai langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G.

JENDELA masih lagi dalam fasa pertama yang telah pun bermula sejak September 2020 lalu. Fasa pertama ini dijadualkan akan tamat pada akhir tahun ini dengan mensasarkan kelajuan capaian jalur lebar mudah alih negara akan meningkat kepada 35Mbps sebelum beralih kepada fasa kedua yang dijadualkan akan bermula dari tahun 2023 hingga 2025.

Sumber: JENDELA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY