Landsat 9, Satelit Pemerhati Lanskap Bumi Terbaru NASA

Pada 27 September 02021 lalu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah menlancarkan satelit terbarunya ke angkasa lepas yang dikenali sebagai Landsat 9.

Landsat 9 dibangunkan oleh NASA dengan kerjasama pihak US Geological Survey (USGS)dalam meneruskan legasi misi satelit Landsat terdahulu dalam merakam perubahan lanskap Bumi sejak 50 tahun lalu.



Sepanjang 50 tahun lepas, NASA telah merakam sejumlah 9 juta imej dari angkasa lepas yang berjaya dirakam menerusi satelit Landsat.

Keluasan setiap imej lanskap Bumi yang dirakam itu adalah meliputi kawasan seluas 185 kilometer kali 180.24 kilometer pada resolusi tinggi.

Setiap piksel imej itu pula meliputi kawasan seluas 30 meter persegi atau bersamaan dengan keluasan sebuah padang besbol.



Imej-imej yang dirakam dari Landsat telah membantu para saintis dan penyelidik memahami lebih mendalam perubahan yang berlaku ke atas Bumi setiap tahun.

Dengan bantuan satelit Landsat 8 yang masih beroperasi, Landsat 9 mampu mengambil gambar-gambar lengkap keseluruhan daratan dan perairan Bumi hanya dalam masa 8 hari sahaja.

Bermakna, setiap selepas 8 hari NASA menerima imej-imej baru Bumi sekaligus dapat mengesan dengan lebih kerap kekerapan perubahan yang berlaku terhadap permukaan Bumi.

Data-data yang diterima juga hampir pada masa sebenar.

Satelit Landsat akan merakam imej-imej daratan meliputi 7 benua termasuklah hutan, perairan, glasier, ladang-ladang dan kawasan pedalaman.



Satelit Landsat 9 dilengkapi dengan komponen utamanya iaitu OLI-2 (Operational Land Imager 2) yang bertindak menyerap gelombang cahaya. Teknologi terbaru ini membolehkan Landsat 9 merakam imej pada kualiti yang jauh lebih baik dari aspek warna dan cahaya berbanding generasi Landast sebelumnya.

Sekaligus memberikan data yang lebih baik kepada para saintis dan penyelidik.

Komponen kedua utamanya pula adalah TIRS-2 (Thermal Infrared Sensor 2) yang bertindak mengimbas kadar haba yang dipancarkan oleh permukaan Bumi bagi mengukur suhu permukaan Bumi.



Imej-imej yang dirakam oleh satelit Landsat boleh dimuat turun oleh orang ramai sejak ia dibukakan kepada umum pada tahun 2008 dari laman Landsat Image Gallery (nasa.gov)

Sumber: NASA, Landsat 9