Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera iPhone 14_2

Kenapa Sensor Kamera Lebih Penting Berbanding Megapixel

Diterbitkan Januari 5, 2023 · Dikemas kini Mac 17, 2023 oleh Firdaus

Kualiti sesebuah kamera dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada kamera konvensional/DSLR atau pun telefon pintar. Faktor megapixel dan saiz sensor adalah antara paling utama sekali dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.

Tetapi mana satu antara dua yang pembaca dan kita perlu utamakan dalam memilih kamera yang berkualiti dan hasilkan gambar yang terbaik?

P30 series superspectrum sensor

Secara ringkas, jawapannya adalah sensor sesebuah kamera itu sendiri tetapi yang menjadi persoalan utama adalah kenapa sensor itu sangat penting untuk sesebuah kamera?

Kenapa Sensor Kamera Penting?

Secara ringkasnya, sensor yang besar dapat menangkap lebih banyak cahaya berbanding sensor yang kecil. Dan kehadiran cahaya yang banyak dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik – (ini secara ringkaslah tetapi ada banyak sikit faktor-faktor yang rumit).

Hasil gambar kamera dengan telefon

Selain itu, sensor yang lebih besar dapat menghasilkan julat dinamik yang lebih tinggi (HDR) dan hasil imej yang lebih bersih dan jelas.

Itulah kenapa kamera-kamera DSLR mampu menghasilkan imej yang cantik walaupun mempunyai hanya 16 ke 20MP sahaja berbanding kamera telefon pintar 108MP.

Tambahan lagi, telefon pintar dengan kamera 200MP pertama sekalipun tidak memberikan hasil gambar cukup memuaskan secara amnya.

Selain sensor yang besar, kelajuan shutter yang pantas dan ISO yang rendah adalah padanan terbaik untuk menghasilkan imej yang tajam dan jelas.

photography – kimi blog
Sumber: The Wei

Tambahan lagi, sensor kamera yang besar adalah faktor utama bagi menghasilkan gambar terbaik dalam situasi low light. Oleh itu, pembaca yang suka tangkap gambar pada waktu nocturnal sangat disaran untuk pertimbangkan kamera dengan sensor besar.

Telefon Pintar Tidak Memerlukan Sensor Yang Besar Ke?

kamera sensor
Berdasarkan carta bar di atas daripada Android Authority, itu adalah perbandingan saiz sensor yang dimiliki telefon-telefon pintar flagship.

2 peranti dengan sensor terkecil adalah Google Pixel 5 dan iPhone 12 berdasarkan carta di atas, tetapi kedua-duanya dianggap sebagai antara telefon kamera terbaik sekali pada zaman mereka.

Oleh itu, kita boleh simpulkan saiz sensor bukanlah penentu utama bagi menghasilkan gambar yang cantik terutamanya untuk platform ini.

Berkaitan

  • Anugerah Telefon Wiser 2022 - Ini Senarai Pemenang
  • 5 'Headphone' Terbaik Tahun 2022
  • Ini Mengapa Telefon Baru Huawei Tak Sokong Rangkaian 5G
  • Cara Menetapkan "Face ID" Bagi Membuka "Hidden Photo" Pada iPhone
  • Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

Kemajuan perisian pintar dan kemampuan pemprosesan fotografi yang dimiliki sesebuah peranti pintar itu amatlah penting dan menyumbang kepada hasil gambar yang berkualiti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY