Menurut kaji
selidik sebuah universiti,personaliti seseorang dapat dilihat melalui jenis
telefon pintar yang digunakan. Penyelidik dari University of Lincoln
berpendapat bahawa seseorang yang menggunakan Google Android lebih jujur dan
merendah diri daripada mereka yang memilih iPhone.
Heather Shaw
dari Fakulti Psikologi University of Lincoln bersama penyelidik yang lain telah
menjalankan suatu kajian antara pengguna telefon pintar iPhone dan juga
Android. Untuk kaji selidik yang pertama, seramai 240 orang telah mengambil
bahagian dengan menjawab beberapa soalan. Keputusan dari kaji selidik yang
pertama itu mendapati pengguna Android mempunyai tahap kejujuran dan sikap rendah diri yang tinggi. Mereka juga
dilihat sebagai seorang yang baik hati, lebih terbuka dan kurang bersifat
extrovert (sifat yang cenderung membuka diri dengan dunia luar) berbanding
pengguna iPhone.
Kaji selidik
kedua pula adalah ujian stereotaip keatas ciri personaliti seseorang. Kali ini
ia melibatkan lebih ramai peserta dimana 500 pengguna telefon pintar diberikan
set soalan yang berbeza dari kaji selidik yang pertama. Keputusannya tetap
memihak kepada pengguna Android seperti kaji selidik yang pertama.
Shaw berkata: “Pemilihan
telefon pintar merupakan perkara paling asas dalam melihat personaliti
seseorang. Bayangkan jika kami membuat kaji selidik yang lebih mendalam seperti
jenis aplikasi apa yang dimuat turun. Pasti lebih banyak hasil yang akan
ditemui.”
Berkaitan
- Pocophone F1 Mula Terima MIUI 11 Tetapi Masih Dengan Android Pie 9
- Kajian Google: 3 Cara Yang Paling Popular Digunakan Pengodam Dalam Mencuri Data Pengguna
- iOS 13 Akan Tampilkan Ciri Mod Gelap Dan Skrin Utama Baru
- Pemuda Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih Dari 60kg Dengan Bermain Pokemon Go
- Youtube Perkenal Live Streaming Untuk Vlogger Popular
- Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa
- Xiaomi Mi Notebook Air Versi 4G Di Lancar Di China
- Ini Penjelasan Qualcomm Mengenai Telefon Gaming Sendiri
- Huawei Pindahkan Semua Perkhidmatan Mudah Alih Mereka Daripada Aspiegel Ltd Kepada Huawei Services (Hong Kong)
- Audi Perkenal Teknologi Baharu Membolehkan Kereta Berkomunikasi dengan Lampu Isyarat