Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

Diterbitkan Julai 18, 2018 · Dikemas kini Julai 18, 2018 oleh Helmi Samsuri

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih senang dipanggil PUBG, merupakan permainan multiplayer kegemaran ramai ketika ini. Permainan popular ini tidak terlepas dari penggunaan cheat dan sejak Januari lalu, sejumlah 141 orang sudahpun ditangkap kerana mengguna serta menjual cheat.

Kesemua pesalah yang berasal dari China itu didakwa mencipta, menggunakan serta menjual cheat untuk permainan PUBG.

Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

Tidak cukup dengan itu, ada diantara mereka yang menyelitkan virus berbahaya ke dalam cheat tersebut dengan tujuan untuk mencuri data pemain lain.

Hasil tangkapan ini adalah kerjasama antara syarikat pembangun, Tencent bersama-sama pihak berkuasa yang telah menerima laporan tentang kegiatan berkenaan.

Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

Lanjutan daripada penangkapan yang dibuat, pihak berkuasa telah menyita lebih dari 200 peranti terdiri daripada komputer, pemacu kilat, dan telefon pintar.

Bermula dari Januari yang lalu, Tencent dilihat serius dalam memantau aktiviti penipuan yang berlaku dalam platform permainan PUBG dan ia akan diteruskan bagi membanteras jenayah siber ini.

Sumber: exp.gg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY