Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONG KONG-CHINA-US-TRADE-TARIFF

Kebanyakan Barangan China Kini Dikenakan Tarif Keseluruhan Sehingga 145%

Diterbitkan April 11, 2025 ยท Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menaikkan tarif dengan ketara terhadap barangan dari China, yang mula berkuat kuasa pada Khamis, menjadikan keseluruhan tarif untuk kebanyakan produk dari negara itu mencecah 145%, menurut pengesahan Rumah Putih.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Trump telah mengumumkan penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari bagi puluhan negara rakan dagang.

Sebaliknya, bagi China, Trump meningkatkan tekanan dengan mengenakan tarif baharu sebanyak 125%.

Kadar tarif 125% ini merujuk kepada pusingan tarif terkini dan bukan kadar keseluruhan tarif ke atas barangan dari China, yang disahkan oleh Rumah Putih pada Khamis. Ini bermakna jumlah tersebut tidak termasuk tarif lain, terutamanya tarif 20% yang dikenakan Trump dalam krisis fentanyl – menjadikan tarif keseluruhan kini mencecah 145%.

Namun begitu, tarif timbal balik 125% turut mengandungi beberapa pengecualian.

Ia tidak melibatkan produk seperti import keluli, aluminium dan kenderaan, yang sebelum ini telah dikenakan tarif berasingan sebanyak 25% di bawah dasar yang berlainan.

Turut dikecualikan ialah barangan seperti kuprum, farmaseutikal, semikonduktor, kayu balak, dan produk tenaga – beberapa daripadanya merupakan sektor yang sedang dipertimbangkan Trump untuk tindakan lanjut pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • China Sekali Lagi Balas Tindakan Trump, Naikkan Tarif Kepada 84%
  • Tarif Baru AS Ke Atas China Kini Meningkat Kepada 125%, Tapi Buat Pusingan U Ke Atas Negara Lain
  • EU Tidak Akan Kompromi, Pertimbang Tarif Baharu Terhadap Syarikat Teknologi AS

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY