Gmail telah mendapat satu lagi lapisan keselamatan untuk melindungi pengguna mereka khususnya pelanggan korporat dari serangan phising dan serangan jahat lain.

Ciri terbaru itu hadir setelah serangan besar phising yang melanda pengguna pada bulan Febuari termasuk penggodam Rusia yang menyerang akaun pengkritik Vladimir Putin baru-baru ini.

Google melaksanakan machine learning untuk menghalang usaha spam dari masuk ke dalam inbox pengguna.

Mereka berkata hampir 70% mesej Gmail adalah berbentuk spam dan sistem baru itu akan menghalang mereka dengan ketepatan 99.9%

IKLAN

Mulai sekarang, sebarang e-mel yang disyaki berniat jahat akan dipilih untuk dianalisis sebagai phising.

Ia kemudian akan diwujudkan URL memberi amaran terhadap pautan yang disyaki di dalam e-mel.

Pengguna yang menggunakan G Suite yang cuba membuka pautan tersebut dari server luaran akan diberi mesej amaran jika mereka ingin menghantar mesej tersebut.

Kenalan sedia ada dan saluran komunikasi yang kerap tidak akan terjejas dengan sistem amaran ini.

Akhir sekali, untuk meningkatkan pengesanan dari pautan berniat jahat seperti ransomware dan malware injections, Google telah memperkenalkan sistem pertahanan yang baru.

Sebarang fail yang berpotensi yang membawa risiko keselamatan yang tinggi termasuk executable dan fail javascript akan secara automatik dihalang.

Sumber