Kemaskini Google Photo Memperlihatkan Fungsi Penstabilan Video

Google telah mengemas kini apliaksi Photo dengan ciri penstabilan video pada peranti Android. Ciri penstabilan video ini akan berfungsi dengan membetulkan video anda yang bergoncang.

Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui tab Video di bahagian Album. Pilihan 'Stabilized' terletak di sebelah butang 'Rotate' yang boleh dilihat apabila pengguna menekan ikon edit. Hanya tekan 'Stabilized' dan video anda tidak lagi goyang.

Kemas kini baru hanya boleh didapati untuk Android pada masa ini. Google belum memberi kenyataan tentang ciri ini untuk platform iOS.

Untitled

Setelah saya menggunakan fungsi Stabilized ini, saya dapat lihat hasilnya tidaklah begitu menakjubkan. Jika video anda terlalu bergoncang, fungsi penstabilan ini akan menyebabkan video anda kelihatan 'distortion' dengan kecerahan yang tidak sekata.

Selamat mencuba pengguna Android.

[embed]https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=ql3DDtr962M[/embed]

Sumber