LG Umumkan Model Monitor Lengkung Terbesar Di Dunia Dengan Sistem Google Cast.





LG kini bersedia untuk melancarkan monitor ultra-wide terbesar di dunia dengan rekaan lengkung 3 inci semasa acara IFA hujung minggu ini. LG juga mengumumkan mereka akan keluarkan dua model ultra wide mereka ; model skrin rata yang mempunyai sistem Google Cast dan model lengkung, model pertama didunia dengan kadar refresh 144Hz. Samsung juga telah mengeluarkan monitor mereka CFG70 seperti dalam artikel sebelum ini, namun ianya hanya berukuran 24 dan 27 inci.



LG 38UC99 ini mempunyai keupayaan paparan 4K dan menghasilkan gambar ultra wide dengan resolusi 3840x1600. Disamping menjadi monitor lengkung ultra wide terbesar du dunia, ianya juga datang bersama port USB-C dan mempunyai dua pembesar suara bluetooth di dalam.



Siri LG 34UC79G pula ialah siri monitor lengkung ultra wide yang bersaiz sedikit kecil iaitu 34 inci.

LG juga mengumumkan siri LG 34UM79G yang direka khas untuk gamers yang datang dengan rekaan skrin rata bersama sistem Google Cast yang dijadualkan pelancarannya Oktober ini.