Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
winamp windows 11

Kemas Kini Terbaru Winamp Selepas 4 Tahun Sokong Windows 11

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Winamp ialah pemain muzik yang meraih zaman kegemilangannya pada hujung 90-an hingga awal 2000.

Ikutkan sifatnya yang asal, memang masuk akallah perisian pupus selepas kehadiran internet. Pengguna kemudian beramai-ramai yang beralih ke platform penstriman seperti Spotify dan YouTube.

Terkini,Winamp 5.9 RC1 Build 9999 telah dilepaskan dan kini menyokong Windows 11, penstriman melalui HTTPS dan codec VP8.

Versi ini juga tidak boleh dijalankan pada Windows XP dan Vista. Ini adalah selepas 4 tahun kemas kini terakhirnya.

Berkaitan

  • Winamp Akan Buat Kemunculan Semula Tahun Hadapan
  • 'Car Thing', Gajet Baharu Oleh Spotify
  • Winamp Akan Kembali, Kini Dibuka Untuk Pengguna Beta

Pasukan pembangunnya mengakui pengguna tidak akan merasai perbezaan dalam versi terbaru ini tetapi perkara terbesar dan paling susah ialah berhijrah kod asas daripada Visual Studio 2008 ke Visual Studio 2019.

Perubahan kod asas inilah menjadi inti utama. Dengan ini, ciri-ciri baharu kelak akan dapat dibangunkan lebih pantas.

Dalam pada itu, Winamp 6 nanti akan dilancarkan untuk Android, iOS, web dan lain-lain.

Winamp juga sedang berusaha bersaing dengan Spotify dan seumpamanya dalam generasinya terbarunya kelak namun masih dalam fasa ujian.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY