Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Car Thing’, Gajet Baharu Oleh Spotify

‘Car Thing’, Gajet Baharu Oleh Spotify

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Wiser MY

Selepas hampir dua tahun semenjak pertama kali diwar-warkan, gajet ‘Car Thing’ oleh Spotify telah diperkenalkan secara rasmi tempoh hari.

Car Thing merupakan peranti pintar yang menyediakan lagu, berita, hiburan, dan macam-macam lagi sebagai peneman didalam kereta.

Fokus utama ciptaan ini adalah untuk memenuhi keperluan dan pengalaman mendengar didalam kereta yang lebih lancar dan mudah.

Antara ciri menarik disediakan peranti ini adalah penggunaan suara untuk kawalan dan akses mudah. Seperti pembantu peribadi Siri atau Alexa, hanya sebut “Hey Spotify,” untuk mencari sesuatu lagu atau penyanyi dengan lebih cepat.

‘Car Thing’, Gajet Baharu Oleh Spotify

Disamping ciri dalamannya yang membantu, gajet ini mempunyai rekaan kecil dan ringan. Ia juga mempunyai skrin sentuh dan sebuah tombol besar yang mampu berinteraksi dengan apa yang dipaparkan.

Pengguna masih memerlukan sambungan internet beserta sambungan Bluetooth didalam kereta untuk menggunakannya. Senang kata, Car Thing boleh disamakan seperti iPod Touch atau alat kawalan Spotify dengan tambahan ciri kawalan suara.

Peranti ini baru dilancarkan secara terhad di Amerika Syarikat. Namun, pembeli perlu memasukkan dan menunggu nama berada dalam senarai jemputan terlebih dahulu.

Car Thing boleh dimiliki secara percuma untuk waktu terhad sebelum ia mula dijual pada harga $79.99 (RM330.24).

Sumber: spotify newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY