Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows10primary-100725231-orig (1)

Kemas Kini Segera Pengguna Windows 10, Anda Dapat Ciri Perkongsian Baharu

Diterbitkan Mac 15, 2024 · Dikemas kini Mac 15, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft mungkin tidak merancang untuk mengeluarkan sebarang kemas kini ciri baharu yang besar untuk Windows 10.

Tetapi menerusi “Kemas Kini Kumulatif 2024-03 untuk Windows 10 Versi 22H2 untuk Sistem berasaskan x86 (KB5035845)”, pengguna sistem operasi yang sudah berusia itu menerima ciri baharu yang membolehkan mereka berkongsi fail (dokumen teks, PDF, imej, video, dll.) terus daripada File Explorer Windows 10 melalui aplikasi pihak ketiga termasuklah WhatsApp dan perkhidmatan lain,

Perkongsian fail itu boleh dibuat melalui ciri Nearby Share dengan sambungan Bluetooth atau Wi-Fi.

Anda hanya klik kanan pada fail yang dikehendaki dan kemudian pilih “Share” dan kemudian “Whatsapp” daripada senarai yang dipaparkan oleh Windows 10. Kemudian pilih kenalan kepada siapa fail itu harus dihantar melalui Whatsapp.

Perkongsian melalui Gmail, Facebook dan LinkedIn kini juga boleh dilakukan dalam Windows 10.

Namun begitu, Windows 10 belum lagi menyokong X (Twitter). Bagaimanapun, Microsoft dijangka sudah bersedia untuk membawa perkongsian melalui X dengan salah satu kemas kini seterusnya,

Selain fail, anda juga sepatutnya boleh berkongsi pautan melalui Whatsapp, Gmail, Facebook dan Linkedin.

Jadi, jika anda mahukan ciri ini dalam sistem operasi Windows 10 anda, bolehlah segera semak kemas kini KB5035845 yang bersaiz antara 436 MB dan 831 MB, bergantung pada jenis pemproses.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY