Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Kemas Kini Segera, Google Tampal 17 Kecacatan Keselamatan Pelayar Chrome

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Google telah melepaskan kemas kini terbaru untuk aplikasi pelayar popular mereka kepada semua penggunanya di seluruh dunia.

Menerusi versi Chrome 130.0.6723.58/59 untuk Windows, Chrome 130.0.6723.59 untuk  macOS dan 130.0.6723.58 untuk Linux, Google telah menampal sebanyak 17 kecacatan keselamatan pada versi pelayar sebelumnya.

Dalam blog Chrome oleh Daniel Yip menyenaraikan, 13 daripada 17 kelemahan keselamatan yang telah diperbaiki, ditemui oleh penyelidik keselamatan pihak ketiga dan dilaporkan kepada Google.

Google mengkategorikan salah satu kelemahan itu (CVE-2024-9954) dalam modul AI sebagai berisiko tinggi.

Manakala yang lainnya Google mengkategorikan kelemahan itu sebagai risiko sederhana atau rendah.

Anda boleh menyemak kemas kini Chrome secara manual menerusi menu Help > About Google Chrome (atau Settings > About Google Chrome).

Google juga telah melepaskan Chrome 130.0.6723.58 untuk Android dan Chrome untuk iOS 130.0.6723.37. Versi Android ini membetulkan kelemahan yang sama seperti versi untuk komputer.

chrome update

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ciri-Ciri Baharu YouTube Yang Anda Perlu Tahu
  • OPPO Umumkan ColorOS 15 Dengan Rekaan Baharu, Fokus Kepada AI

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY