Kelajuan Muat Turun Data Digi 84% Lebih Pantas Berbanding Pengguna Celcom

Berdasarkan laporan terbaru bsetakat bulan April 2022 oleh laman analisis OpenSignal, syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia, Maxis dinobatkan sebagai penyedia rangkaian yang memberikan pengalaman capaian terbaik bagi kategori penstriman video dan permainan mudah alih atas talian.

Digi pula pemenang bagi kategori muat turun terbaik di mana penggunanya menikmati kelajuan purata muat turun terpantas di Malaysia iaitu selaju 17.6 Mbps.

Kelajuan itu sekaligus 8% (1.3 Mbps) lebih pantas berbanding Maxis, 37.5% lebih pantas dari U Mobile dan 40.4% lebih laju dari pelanggan Unifi.

Malah kelajuan muat turun yang dinikmati pengguna Digi adalah hampir 84% lebih pantas dari apa yang dicapai pengguna Celcom.

Namun begitu, juara liputan keseluruhan 4G di Malaysia dimiliki oleh Celcom.



Data yang diperolehi OpenSignal ini adalah data terkumpul dari 1 Disember 2021 hingga 28 Februari 2022 yang lalu.

Sumber: Opensignal

Baca juga:

Berkaitan