Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7000

Kelajuan 5.5GHz CPU Siri Ryzen 7000 Belum ‘Overclock’, Boleh Capai Lagi Laju

Diterbitkan Mei 26, 2022 oleh Firdaus

Dalam acara pembukaan Computex 2022 oleh AMD, Dr. Lisa Su tempoh hari, beliau telah menunjukkan demonstrasi cip pemprosesan siri Ryzen 7000 yang baharu ketika bermain Ghostwire: Tokyo. CPU tersebut mampu mencapai prestasi sekitar 5.0GHz tanpa sebarang masalah, malahan mencecah angka 5.5GHz.

**anda boleh langkau terus ke minit 3:20 untuk melihat prestasi AMD Ryzen 7000 Zen4 dalam Ghostwire: Tokyo

Pengarah Pemasaran Teknikel AMD, Robert Hallock telah mengesahkan demonstrasi ini dilakukan tanpa pengaktifan ciri overclock pada cip pemprosesan tersebut. Beliau juga ada mendedahkan spesifikasi komponen ketika demonstrasi ini dibuat.

Berikut merupakan spesifikasi yang didedahkan Robert Hallock:

AMD's Robert Hallock on the 5.5 GHz Demo in @PCWorld stream:

▶ AMD Reference Mobo
▶ 280mm AIO cooler
▶ 16 core prototype from April
▶ Plugged in, no OC
Natural freq of that CPU
▶ Most threads around 5.5, depends on scene/game
▶ 5.2-5.5 on all threads was common on the game

— 𝐷𝑟. 𝐼𝑎𝑛 𝐶𝑢𝑡𝑟𝑒𝑠𝑠 (@IanCutress) May 24, 2022

Tiada sebarang sistem penyejukan “istimewa” yang digunakan kecuali hanyalah penyejukan cecair Asetek AIO 280mm. Selain itu, demonstrasi ini dilakukan menggunakan papan induk AMD dan memori RAM 2x16GB DDR5 6000 CL30.

Oleh itu, kita dapat simpulkan cip pemprosesan Ryzen 7000 Zen4 mempunyai potensi untuk menjadi CPU paling berkuasa setelah ia dilancarkan nanti.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi – Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz
  • Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps
  • ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY