Chrome masih kekal pelayar paling popular di seluruh dunia.
Laman analisis statcounter telah mengeluarkan status terkini kedudukan pelayar-pelayar sesawang paling popular yang digunakan oleh pengguna di seluruh dunia.
Berdasarkan kepada data StatCounter, pelayar Google Chrome masih kekal sebagai pelayar yang paling popular dikalangan pengguna internet di seluruh dunia iaitu pada kadar 62.7%.
Peratusan tersebut adalah meningkat jika dibandingkan untuk bulan yang sama pada tahun lepas di mana pengguna pelayar Chome pada Mei 2018 adalah pada kadar 58.09%.
Tidak setakat itu, peratusan penguna pelayar Chrome bagi bulan Mei 2019 merupakan yang tertinggi dalam tempoh 4 tahun di seluruh dunia.
Pelayar Safari pula masih kekal sebagai pelayar kedua paling popular di seluruh dunia setakat Mei tahun ini dengan kadar peratusan penggunanya adalah 15.89%. Ia merupakan penggunaan tertinggi yang dicapai oleh Safari dalam tempoh 4 tahun ini.
Pelayar Firefox pula berada di tangga ke-3 dengan peratusan penggunanya pada kadar 5.07%. Pelayar Firefox mengalami penurunan yang amat ketara di mana popularitinya terus menurun sejak Mei 2015 (11.14%).
Seterusnya adalah pelayar Samsung Internet yang berada di tangga ke-4 iaitu pada kadar 3.38% tanpa ada sebarang peningkatan mahupun penurunan ketara sejak Mei 2018.
Kemudian ia diikuti oleh UC Browser yang hanya mencatat 3.16% pengguna aktif di seluruh dunia, penurunan sebanyak 5% jika hendak dibanding pada Mei 2018 di mana peratusan pengguna aktifnya adalah pada kadar 8.16%.
Begitu juga pelayar Opera yang menunjukkan penurunan pengguna aktif di seluruh dunia. Jika pada Mei 2018 lalu peratusan penggunanya adalah 3.68%, tetapi untuk Mei 2019 penggunanya hanyalah pada kadar 2.55%.
Penurunan peratusan pengguna aktif juga berlaku pada pelayar Internet Explorer (2019 - 2.51%, 2018 - 3.08%) dan Android (2019 - 0.9%, 2018 - 1.51%).
Manakala pelayar Edge pula di tangga ke-8 (satu anak tangga dihadapan pelayar Android) dengan kadar peratusan penggunanya adalah 2.17% dan selebihnya adalah pelayar-pelayar lain.
Berkaitan
- Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, Dan Yes Menawarkan Pelan Menarik Kepada Pelanggan Mereka Bagi Memiliki Samsung Galaxy Note 10
- Chrome Akan Benarkan Anda Tukar Imej Ke Teks Untuk PDF
- MCMC Simpati Kepada Pelajar Yang Terpaksa Mendaki Bukit Bagi Mendapat Capaian Internet Di Pakan, Sarawak
- Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet
- Opera Mini Kini Dengan Ciri Perkongsian Fail Tanpa Talian Internet
- Apple Malaysia Kini Menjual Berasingan Magic Keyboard Dengan Touch ID Serta Pelbagai Aksesori Magic Terbaru Bagi Komputer Macintosh
- Ini Nilai Kerugian Ekonomi Jika Berlaku Gangguan Internet Di Seluruh Malaysia Dalam Masa 1 jam
- Samsung Masih Mendominasi Jualan Telefon Pintar Di Seluruh Dunia
- Mari Belajar Tentang Harimau Malaya Bersama Zoo Taiping & Night Safari Secara 'Online' Esok
- Malaysia Dalam Senarai 10 Negara Miliki Capaian Internet Paling Konsisten Di Dunia - Ookla