Kedai Atas Talian Rasmi Huawei Malaysia Kini Dibuka

Baru-baru ini, Honor Malaysia telah memperkenalkan hihonor.my sebagai kedai atas talian rasmi mereka. Sehubungan dengan itu, hari ini Huawei Malaysia telah secara rasmi melancarkan kedai atas talian mereka bagi menggantikan laman Vmall.my yang digunapakai sebelum ini.

Bagi mereka yang mempunyai ID bagi laman Vmall, anda masih boleh menggunakan ID yang sama pada platform terbaru ini. Selain menjual peranti telefon pintar, anda juga boleh membeli pelbagai aksesori keluaran Huawei seperti bank kuasa, tablet, jam pintar dan banyak lagi melalui laman tersebut.



Jangan bimbang, setiap belian melebihi RM 100 masih lagi akan menikmati penghantaran percuma sama seperti Vmall. Langkah pemisahan Huawei dan Honor daripada Vmall ini dianggap baik kerana lebih mudah untuk pengguna mencari produk keluaran kedua-dua jenama berkenaan.

Peminat produk keluaran Huawei dinasihatkan agar melawat kedai rasmi Huawei ini agar tidak terlepas daripada memiliki peranti keluaran terbaru Huawei atau menyertai sebarang promosi menarik daripada mereka.

Sumber