PUBG Dah Kuno? Ini Antara Ciri Yang 'Best' Dalam Apex Legends Mobile

Pada Februari lepas, permainan popular komputer dan konsol Apex Legends telah pun dilancarkan untuk peranti telefon pintar tetapi hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana ia antara negara yang terpilih untuk Apex Legends Mobile.

EA dan Respawn Entertainment telah mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan secara global dalam tahun 2022 ini. Buat masa sekarang, permainan ini boleh dimainkan tetapi ia berada dalam fasa pembangunan lagi.

Persekitaran Apex Legends Mobile masih sama dengan platform PC dan konsol, tetapi ada penambahan dari segi perspektif permain. Permainan ini meletakkan anda kepada perspektif orang ketiga pada tetapan awal sebagai penyelarasan untuk peranti telefon pintar.



EA telah mengeluarkan senarai keperluan minimum sistem yang anda perlu ada untuk memuat turun Apex Legends Mobile. Tambahan lagi, permainan ini tidak dapat dimainkan pada peranti dengan RAM 2GB kebawah sama ada Android mahupun Apple.

Ciri Menarik Apex Legends Mobile


Buat anda yang tidak tahu, permainan ini mempunyai konsep yang hampir sama dengan PUBG seperti setiap skuad mempunyai 3 orang pemain dan mod battle royale. Tetapi, apa yang unik ialah mod tersebut mempunyai had 60 orang pemain sahaja berbanding 100 orang pada dalam PUBG Mobile.



Tambahan lagi, setiap karakter mempunyai skill aktif dan pasif yang berbeza antara yang lain. Tidak seperti PUBG yang hanya menawarkan skin yang menarik kepada pengguna, ciri karakter yang unik ini sudah semestinya memberi gaya permainan yang baru, menarik dan patut dicuba oleh anda.

Anda juga boleh menandakan lokasi spesifik yang boleh dikesan oleh pasukan walaupun dia berada di kawasan yang jauh. Ciri ini serius sangat berguna kepada rakan anda untuk mencari loot dan tidak membuang masa mencari sambil meningkatkan risiko diserang musuh.

Ciri seterusnya merupakan kegemaran saya, anda boleh slide sambil sembuhkan diri. Contoh, anda boleh slide menurun di kawasan curam dan boleh sembuhkan diri ketika berbuat demikian. Slide heal ini membuat anda bergerak dengan pantas sambil menyembuhkan diri dan rasa lebih yakin ketika bermain.

Mekanik pintu dalam Apex Legends Mobile agak berbeza di mana ia bleh dipecahkan dengan bom, serangan melee dan utiliti lain. Anda boleh gunakan mekanik ini untuk mengagak sama ada ruang tersebut ada musuh atau sebaliknya dan tutup pintu untuk memerangkap musuh bila anda berada dalam ruangan itu.

Jika anda berminat, permainan ini sudah boleh dimuat turun di Play Store dan Apps Store untuk pengguna iOS.

Sumber: Gizmochina, EA

Baca juga: