Kebolehan Pocophone F1 Diuji Pada Acara Pocophone Game Night

Pocophone F1 telah mencetus fenomena dalam arena telefon pintar dunia apabila ia dilancarkan dengan spesifikasi berkuasa tinggi dan dijual pada harga yang sangat mampu milik.

Bagi menguji kebolehan sebenar peranti berkenaan, Xiaomi Malaysia telah mengadakan satu acara khas untuk bermain permainan video menggunakan peranti tersebut. Acara itu dinamakan sebagai POCOPHONE Game Night.

Team Geek Fam(ICON)


Pada malam itu, Xiaomi Malaysia telah menjemput pasukan profesional Geek Fam(ICON) untuk menentang beberapa pasukan media dalam permainan Mobile Legends menggunakan Poco F1.

Memandangkan mereka adalah salah satu dari tiga pasukan Mobile Legends terbaik di Malaysia, memang agak sukar untuk pasukan media menewaskan mereka. Atas alasan itu, Xiaomi Malaysia telah memilih pasukan media dengan jumlah 'kills' terbanyak sebagai pemenang.



Pasukan yang menang telah dihadiahkan peranti 'pailang' Pocophone F1 seorang satu. Berbekalkan cip Snapdragon 845 dan sistem penyejukan cecair, peranti ini kekal memberikan prestasi terbaik walaupun digunakan secara berterusan untuk bermain games untuk tempoh yang lama.

Menurut wakil Xiaomi yang kami temui pada malam tersebut, Xiaomi Malaysia sedang berusaha untuk membawa masuk lebih banyak Poco F1 Armoured Edition ke negara ini dalam masa terdekat.

 

Sumber