Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebanyakkan Tempat Di Seluruh Negara Akan Terima Kurang Hujan Sehingga September 2023 – MET Malaysia

Kebanyakkan Tempat Di Seluruh Negara Akan Terima Kurang Hujan Sehingga September 2023 – MET Malaysia

Diterbitkan Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan media rasminya memaklumkan, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Sekaligus akan menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah.

Keadaan ini berlaku ekoran daripada permulaaan Monsun Barat Daya yang dijangka akan bermula pada 15 Mei 2023 dan akan berterusan sehingga September 2023.

MET Malaysia menjelaskan, semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh itu.

Malah dalam tempoh Monsun Barat Daya ini juga, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

Oleh itu MET Malaysia menegaskan pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

Namun begitu, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Berkaitan

  • Rasmi: POCO F5 Pro Untuk RM2099 Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, POCO F5 Dijana 7+ Gen 2
  • India Rancang Larang Penggunaan Kenderaan Diesel 4 Roda Menjelang 2027
  • "Private Number" Tidak Lagi Dibenar Digunakan - MCMC

Sumber: MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY