Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaspersky Kesan Lebih 1 Juta Penjejakan Kumpul Data Tingkah Laku Pengguna Setiap Hari

Kaspersky Kesan Lebih 1 Juta Penjejakan Kumpul Data Tingkah Laku Pengguna Setiap Hari

Diterbitkan Oktober 3, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh ariff bukhari

Analisis terkini Kaspersky terhadap 25 perkhidmatan penjejakan sesawang yang popular, termasuk perkhidmatan Google (meliputi Google Display & Video 360, Google Analytics, Google AdSense dan YouTube Analytics), New Relic, Microsoft telah mendedahkan lebih 38 bilion contoh penjejak sesawang yang mengumpul data tingkah laku pengguna pada 2024, dengan purata satu juta pengesanan setiap hari.

Secara tepatnya, analisis mereka mendedahkan bahawa sejumlah 38,725,551,855 insiden pengumpulan data dikesan dalam setahun, dari Julai 2023 hingga Jun 2024, dengan pengguna berkongsi data mereka kira-kira 1,060,974 kali sehari.

Penjejakan sesawang ini melibatkan pengumpulan, penyimpanan dan analisis data tentang tingkah laku dalam talian pengguna.

Data ini termasuk demografi, lawatan tapak sesawang, masa yang dihabiskan pada halaman dan interaksi seperti klik, skrol dan pergerakan tetikus.

Kaspersky menjelaskan, perniagaan memanfaatkan maklumat ini untuk memperibadikan pengalaman, meningkatkan penglibatan pengguna, menyasarkan iklan dengan lebih berkesan dan mengukur prestasi perkhidmatan dalam talian mereka.

Analisis Kaspersky menerusi ciri Do Not Track (DNT) mereka mendapati, Google Display & Video 360 adalah yang tertinggi di kalangan 25 sistem penjejakan teratas di Asia.

Di Asia Selatan, ia menyumbang 25.47% daripada pencetus komponen DNT, manakala di Asia Timur ialah 24.45%. Bahagian terkecil adalah di Komanwel Negara Merdeka (CIS) pada 8.38%.

Ia diikuti oleh Google Analytics, Google AdSense dan YouTube Analytics.

Kaspersky Kesan Lebih 1 Juta Penjejakan Kumpul Data Tingkah Laku Pengguna Setiap Hari
Bahagian pencetus DNT untuk penjejak Google Display & Video 360 di setiap rantau, Julai 2021 — Jun 2022 dan Julai 2023 — Jun 2024.

Kaspersky menyimpulkan bahawa Google kekal sebagai peneraju yang tidak dipertikaikan dalam mengumpul, menganalisis dan memproses data pengguna di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • 3 Syarikat Penerbangan Ini Terima Paling Banyak Aduan Pengguna Pada Separuh Pertama 2024
  • Microsoft Office 2024 Kini Dalam 2 Edisi Tanpa Langganan, Harga Dari RM609 Sahaja

Sumber: Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY