Kamera Pengawasan Tanpa Wayar Bagi Kegunaan Luar Rumah Diumumkan Oleh Xiaomi

Syarikat Xiaomi melancarkan produk terbaru, kamera pintar tanpa wayar bagi kegunaan luar rumah atau bangunan yang telah diumumkan di sebuah acara baru-baru ini..

Apa yang menarik bagi kamera kegunaan luar ini adalah mempunyai ketahanan habuk IP65 dan air yang dijual pada harga 399 yuan (RM240.25).



Kamera pintar dari Xiaomi ini dicipta bersama kapasiti bateri besar 5100 mAh jenis lithium yang mana mampu bertahan hingga ke 100 hari untuk satui pengecasan penuh.

Bagi teknologi perisian pula, kamera pintar ini menyokong AI pengesanan manusia, serta AI pembelajaran algoritma yang mampu menganalisis kontur bentuk atau pergerakan manusia di dalam sesuatu video. Ini bagi membezakan gangguan informasi palsu daripada serangga, pergerakan haiwan dan perubahan cahaya.

Fungsi penggera Pyroelectric ("Passive") InfraRed Sensors (PIR) atau pengesan inframerah bentuk badan manusia memainkan peranan penting pada produk ini, apabila seseorang memasuki ruang atau kawasan pengesanan, kamera akan mengesan menerusi radiasi inframerah yang mampu mencapai jarak sehingga 10 meter serta menggunakan teknologi pengesanan pergerakkan. Seterusnya, kamera pintar ini akan menghantar notifikasi dan informasi langsung ke peranti mudah alih pengguna.



Kamera yang digunakan  mampu merakam kualiti video sehingga 1080p ini kerana kebesaran nisbah apertur pada F/2.6, dimana akan membebarkan jumlah cahaya yang lebih banyak bagi mendapatkan imej lebih jelas. Ia juga mempunyai 8 inframerah cahaya penglihatan malam yang dibina di dalam peranti pintar ini. Selain itu, peranti ini turut mempunyai slot MicroSD untuk menyimpan video rakaman.

Sumber: Giz China