Kualiti yang ada pada peranti ini bukan bergantung pada keupayaan perkakasannya sahaja, malah turut terkesan dengan prestasi yang ditawarkan oleh perisiannya.
Memandangkan kamera yang ada pada Mi Mix 3 ini mempunyai modul yang sama seperti Mi Mix 2S dan Mi 8, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan memperkemaskan perisian kamera pada dua model ini dengan pemprosesan yang sama seperti Mi Mix 3.
Kemaskini ini dijangka akan turut dinikmati oleh model Mi 8 Explorer Edition memandangkan ia juga memiliki modul kamera yang sama.
Perkara ini semestinya menjadi satu berita yang menggembirakan buat pengguna Mi Mix 2S dan Mi 8. Bagaimanapun, pihak Xiaomi masih belum memberitahu bilakah kemaskini ini akan dibekalkan kepada mereka buat masa kini.
Bagi pengguna Mi Mix 2S dan Mi 8, teruskan bersama kami untuk perkembangan lanjut mengenai perkara ini.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- DJI Goggles, Alami Perasaan Seperti Superman Apabila Memandu Drone
- Microsoft Mungkin Hadir Dengan Peranti Android Pertamanya Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Black Shark 2 Muncul Di Geekbench, Bakal Dirasmikan 23 Oktober Ini
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- Menangi HONOR 20 Lite Dan HONOR Band 5 Di Roadshow HONOR 20 Pro, 31 Ogos Ini
- Xiaomi Umum Penurunan Harga Pada Produk Mereka Sempena Pemansuhan GST
- 5,000 Orang Peminat E-Sukan Hadir Memeriahkan Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020
- 5 Aplikasi Mudah Alih Dengan Peningkatan Populariti Tertinggi Pada Tahun 2018
- IFA 2016: Pembesar Suara 360 darjah BeoSound dari Bang and Olufsen
- Ulasan iPhone 11 Daripada Seorang Bekas Xiaomi-fag