Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1. [Main Photo] Masato Yoshiie, President & CEO, and Edward Chang, Head of Image Communication Business Division, at Canon Marketing Malaysia, officiating the launch of the EOS R6 Mark III

Kamera Bingkai Penuh Canon EOS R6 Mark III Berharga RM10,999

Diterbitkan November 10, 2025 oleh ainabatrisyia

Canon melancarkan penambahan baharu kepada sistem kamera tanpa cermin EOS R iaitu kamera bingkai penuh EOS R6 Mark III dan lensa perdana standard apertur besar, RF45mm F1.2 STM.

EOS R6 Mark III ini menampilkan peningkatan dari segi kualiti imej, kelajuan dan kebolehpercayaan. Direka untuk memenuhi keperluan para pencipta kandungan yang ingin merakam setiap detik dengan ketepatan dan kejelasan luar biasa.

Apabila ia digandingkan dengan RF45mm F1.2 STM, pengguna dapat menikmati kesan latar belakang kabur yang menawan, prestasi cemerlang dalam keadaan pencahayaan malap, serta keupayaan serba guna yang mengagumkan dalam rekaan padat dan ringan.

Sempena pelancaran ini, Canon turut mengajak rakyat Malaysia untuk merealisasikan impian mereka melalui kempen “Drive Your Dream” yang berlangsung di seluruh negara dari 1 November 2025 hingga 31 Januari 2026. Terbuka kepada semua yang membeli kamera atau lensa Canon yang mengambil bahagian di kedai sah. Terdapat hadiah bernilai lebih RM300,000 untuk dimenangi, termasuk hadiah utama iaitu sebuah Tesla Model 3 serta kamera dan lensa Canon, Apple iPhone dan banyak lagi.

Untuk menyertai, anda hanya perlu membeli, mendaftar, memuat naik resit pembelian di ylwc.canon.com.my, menjawab satu soalan mudah dan menghantar penyertaan. Pendaftaran yang berjaya juga akan menerima jaminan tambahan selama satu tahun di atas tempoh jaminan sedia ada.

Kini, kamera Canon EOS R6 Mark III baharu dibuka untuk pra-tempahan mulai hari 6 hingga 16 November 2025. Kamera ini dijual pada harga RM10,999 untuk badan sahaja, RM12499 untuk gabungan bersama lensa RF24-105mm F4-7.1 IS STM, dan RM15599 untuk gabungan bersama lensa RF24-105mm F4L IS USM.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • 5 Jenama Kamera Aksi Mesra Bajet Mampu Rakam Video 5K
  • DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY