Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Jenama Kamera Aksi Mesra Bajet Mampu Rakam Video 5K

Posted on November 5, 2025

Bagi mereka yang gemar merakam aktiviti lasak seperti mendaki, berbasikal, menyelam atau melancong, kamera aksi ialah teman penting untuk mengabadikan setiap detik.

Namun, tak semua orang mampu melabur beribu ringgit untuk model premium seperti kamera aksi dari GoPro atau DJI dan Insta360.

Berita baiknya, kini terdapat alternatif kamera aksi yang ditawarkan pada harga mampu milik, tetapi mampu merakam sehingga video 5K.

Jadi di sini disenaraikan 5 jenama kamera aksi mesra bajet untuk pelbagai aktiviti lasak anda.

1. SJCAM

SJCAM sudah sinonim dengan kamera aksi harga bajet. Mereka menawarkan barisan model kamera aksi mampu milik untuk pelbagai jenis penggunaan seperti kamera poket, kamera badan dan banyak lagi.

Malah kamera SJCAM mampu merakam video FHD 1080 sehinggalah video 5K

Antara model popular mereka adalah kamera siri SJCAM SJ4000, SJCAM SJ8Pro d.ual screen dan SJCAM C300.

Barisan kamera aksi SJCAM boleh didapati pada harga kurang dari RM500 sahaja dengan aksesori rasmi untuk kamera mereka juga sangat mampu milik.

Barisan model kamera aksi SJCAM tersedia untuk pelbagai jenis aktiviti lasak anda.

Beli barisan model kamera aksi dari stor rasmi SJCAM:

  • Shopee – https://invl.me/cln1xia
  • Lazada – https://invl.me/cln1xif

2. AKASO

Satu lagi jenama kamera aksi popular tapi harga bajet adalah AKASO. Antara model kamera mereka yang paling popular adalah AKASO 360, kamera aksi untuk rakaman 360 darjah.

Ia merupakan pilihan popular bagi mereka yang mencari alternatif kepada model premium  dari  jenama besar seperti Insta360, DI Osmo 360 dan GoPro Max

Kamera aksi AKASO ditawar pada harga sekitar RM300 hingga RM1,000 dengan keupayaan rakaman video berkualiti sehingga video 5.7K.

Beli barisan produk kamera dan aksesori AKASO dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1xk1
  • Lazada – https://invl.me/cln1xkb

3. BOSOKO

BOSOKO adalah antara jenama kamera aksi mesra bajet yang sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia vlogging.

Setakat ini sebanyak 3 model kamera aksi yang ada ditawarkan mereka iaitu BOSOKO 4K Thumb Camera M11 yang bersaiz sekecil ibu jari, BOSOKO Waterproof 4K Pocket Camera K2 untuk rakaman 270° dan BOSOKO 4K Pocket Camera Anti-shake L18 yang dijual dengan harga sekitar RM200 hingga RM500 sahaja.

Beli barisan produk kamera dan aksesori BOSOKO dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1xlm

4. SARGO

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar jenama ini, tapi SARGO menawarkan barisan kamera aksi pada harga yang sangat mampu milik.

Antaranya kamera HD yang hanya berharga dari RM100 sahaja dan kamera aksi 4K yang hanya berharga dari RM163.

Malah SARGO turut menawarkan pakej aksesori bersama kamera yang bersesuaian mengikut aktiviti seperti berbasikal, motosikal dan memancing.

Beli barisan produk kamera dan aksesori SARGO dari stor rasmi:

  • Lazada – https://invl.me/cln1xon

5. KiTBEEZ

Satu lagi jenama kamera aksi mesra bajet untuk anda adalah dari KitBEEZ.

Terdapat 2 model kamera aksi yang ditawarkan mereka iaitu KiTBEEZ KA-1 Action Camera 5K yang hanya berharga dari RM200 lengkap dengan aksesori dan KiTBEEZ KA-2 WiFi Mini Pocket Action Camera 4K yang hanya berharga dari RM204 sahaja.

Beli barisan produk kamera dan aksesori KitBEEZ dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1xq0
  • Lazada – https://invl.me/cln1xq6

Kesimpulan

Lima kamera aksi yang disenaraikan ini membuktikan bahawa anda tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki kamera aksi.

Walaupun dari aspek kulaiti rakaman mungkin akan terdapat perbezaan berbanding jenama premium, tapi sekurang-kurangnya ia menjadi kit permulaan kamera aksi alternatif yang mesra bajet untuk anda.

Sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar vlogging. Kalau rosak pun, takdelah terasa ralat sangat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress