Nak Sedap Guna Black Shark 4, Kena Beli 4 Barang Ni

Terkenal sebagai sebuah telefon gaming, Black Shark juga menggeluarkan beberapa aksesori yang dapat menyokong untuk memberikan pengalaman yang lebih memuaskan. Jadi untuk artikel kali ini, saya akan bercerita sedikit tentang aksesori khas untuk siri Black Shark 4 ini.

Black Shark ada menyertakan satu aplikasi yang membenarkan anda untuk menetapkan tetapan game (game space) anda iaitu dengan menggunakan aplikasi Shark Space 4.0. Kebanyakan telefon gaming mempunyai game space ini seperti Game Genie pada ROG Phone 5, Game Turbo pada telefon Xiaomi dan banyak lagi.

Dalam Shark Space ini, akan ada satu lagi tetapan iaitu Shark Arsenal yang menunjukkan aksesori khas untuk Black Shark ini.


GamePad


Aksesori pertama ialah GamePad. Apakah maknanya sebuah peranti gaming tanpa controller? Jadi di sini Black Shark ada menyediakan GamePad yang membenarkan anda untuk merasai pengalaman bermain menggunakan controller.

Rekaan pada GamePad ini seperti controller Nintendo Switch iaitu Joycon yang membolehkan ia ditanggal dan diletakkan pada bahagian kiri dan kanan telefon.



Seperti kebiasaan controller, pada bahagian kiri terdapat D-pad iaitu butang atas, bawah, kiri dan kanan pada bahagian bawah. Selian itu, terdapat juga analog pada bahagian atas serta dua butang L1 dan L2.

GamePad bahagian kanan pula lain sedikit daripada controller biasa kerana terdapat satu pad sesentuh pada bahagian atas dan bahagian bawah pula seperti biasa terdapatnya butang controller. Tidak lupa juga butang R1 dan R2.

Untuk menggunakan GamePad ini pada peranti Black Shark, anda juga memerlukan sarung pelindung khas untuk menjadikan Black Shark ini seperti sebuah konsol.

Mechanical Gaming Keyboard


Aksesori seterusnya ialah Mechanical Gaming Keyboard. Kebiasaannya ia digunakan untuk main game berunsur first person shooter (FPS). Bukan sahaja menyokong papan kekunci, ia juga menyokong tetikus. Namun papan kekunci yang digunakan bukanlah bersaiz penuh tetapi saiz kecil dengan beberapa kekunci sahaja.



Jadi anda boleh menetapkan lebih banyak fungsi untuk setiap kekunci pada Mechanical Keyboard ini jika dibandingkan dengan GamePad.

Jadi itulah dia dua aksesori yang boleh memberi anda pengalaman seperti menggunakan konsol atau komputer dengan hanya menggunakan aksesori tambahan. Walaupun pengalamannya tidak sama seperti menggunakan konsol atau komputer yang sebenar, ia masih lagi satu pengalaman yang berbeza menggunakan telefon pintar.

Shark Cooler


Aksesori seterusnya ini pula bukanlah aksesori yang khusus pada pengalaman gaming tetapi lebih kepada sekadar aksesori tambah iaitu FunCooler 2 Pro.

Aksesori untuk menyejukkan peranti ini mula diperkenalkan pada siri Black Shark 3. Okjektifnya adalah supaya anda telefon tidak terlalu panas untuk main game dalam masa yang lama.



FunCooler 2 Pro ini disertakan dengan skrin kecil yang memaparkan suhu. Oleh itu, pengguna dapat memantau suhu untuk memastikan peranti mereka sudah cukup sejuk atau tidak.

Pada Shark Arsenal juga, anda boleh menetapkan  pada 3 tahap penyejukan iaitu Smart, Freeze dan Frozen. Selain itu, anda juga boleh menetapkan mod dan warna pencahayaan pada kipas penyejuk ini.

Bluetooth game headset


Akhir sekali ialah tidak lain dan tidak bukan fon telinga. Mesti ada dalam kalangan anda yang akan memakai fon telinga ketika main game untuk mendengar pergerakan musuh bukan? Jadi Black Shark meletakkan fungsi ini dalam Shark Arsenal yang mana anda boleh menetapkan beberapa tetapan untuk fon telingan Black Shark.



Dalam tetapan ini anda boleh memilih antara 2 mod iaitu muzik atau game. Selain itu, anda juga boleh mengubah suara pada tetapan voice. Namun tetapan ini hanya boleh digunakan pada fon telinga Black Shark sahaja.

Itulah dia aksesori khas yang ditawarkan oleh Black Shark yang mempunyai sokongan pada Shark Arsenal mereka. Dengan adanya aksesori ini, anda boleh merasai pengalaman gaming yang lebih menarik.

Kalau anda berminat untuk aksesori Black yang lain, anda boleh klik pautan ini: Shopee / Lazada

Baca juga: