Black Shark 4 Pro Kini Mendarat Buat Pasaran Tempatan

Hampir setahun menghilang, sekarang baru menjelang. Black Shark 4 Pro kini secara rasminya tiba buat pasaran tempatan. Jika ada yang terlupa, dalam keluarga Black Shark 4, versi Pro ini bukanlah yang paling berkuasa.

Ini kerana mereka ada juga penawaran Black Shark 4s dan 4s Pro yang jauh lebih berkuasa. Sayang sekali siri ini tidak dibawa masuk.

Tidak mengapa, Black Shark 4 Pro pun apa kurangnya. Secara keseluruhan, spesifikasi varian Pro hampir kesemuanya sama dengan varian standard. Apa yang membezakannya hanyalah cip Snapdragon 888 dan kamera utama 64MP.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti skrin 6.67 inci AMOLED FHD+ berkadar segar semula 144Hz, sokongan HDR10+, bekalan bateri 4500mAh bersama kelajuan mengecas 120W, 8/12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan menjalankan JOYUI 12.5 yang berasaskan MIUI 12. Sementara padanan kamera lain ialah 8MP ultra lebar, 5MP makro serta lensa swafoto 20MP.



Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan - Misty Grey, Shadow Black dan Cosmos Black. Manakala harga jualan rasminya di Malaysia ialah RM2599 (8+128GB) dan RM2999 (12GB+256GB).

Bagi anda yang berminat, pra-tempah dibuka bermula 25 Januari ini secara eksklusif di Shopee dan jualan rasmi pula mulai 4 Februari. Menarik lagi buat yang bakal menempahnya, 100 orang terawal layak menerima Ultimate Free Gifts di mana ia bernilai sehingga RM500.

Baca juga: