Hasil kajian melibatkan 1 juta aplikasi memperlihatkan sebahagian besarnya disebutĀ sebagai aplikasi bebas perisian hasad, tetapi meminta kebenaran yang meragukan untuk mengakses data. Sementara itu, terdapat juga aplikasi yang sememangnya terkandung dengan perisian hasad.
Dua aplikasi popular yang sering dipalsukan adalah Games Temple Run dan Hill Climb, dimana ia akan meminta kebenaran mengakses data yang meragukan.
Penyelidik menggunakan rangkaian neural dan mesin pembelajaran sebagai kaedah mengesan ikon aplikasi yang serupa, serta mengenal pasti penerangan teks yang ditiru daripada 10,000 aplikasi paling popular dalam Google Play Store. Dapatan daripada penggunaan algoritma itu menemukan 49,608 potensi ancaman dari aplikasi.
Mereka kemudiannya menggunakan VirusTotal, dan lebih kurang 7246 aplikasi dikategorikan sebagai berniat jahat dan 2040 lagi dikatakan aplikasi palsu serta berisiko tinggi.
Difahamkan, aplikasi-aplikasi palsu dan berniat jahat ini telah dipadam dari senarai muat turun Google Play Store.
Sumber: ComputerWorld
Berkaitan
- Google Pixel 4 Bakal Hadir Dengan Tiga Warna Pilihan
- Google Memperkenalkan Pixel 3 Dan Pixel 3 XL
- Kearah "Kedah Digital" Dalam Masa 5 Tahun Akan Datang, Rancang Pelawa Facebook Dan Google Buka Cawangan Di Kulim Hi-Tech Park
- ARK Survival Dan Samurai Showdown Kini Percuma Di Epic Games Store
- Permainan PlayStation Untuk Platform Telefon Pintar?
- Permainan Angry Bird Blast Sudah Boleh Dimuat Turun Android Dan iOS
- Google Play Dilapor Sekat DO Global, Pembangun Aplikasi Yang Sudah Mempunyai Lebih 600 Juta Muat Turun
- Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna
- Google Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi "Carian Perbandingan"
- Google+ G Suite Dijenamakan Sebagai Google Currents