(Ulasan) Black Shark 5 Pro vs Asus ROG Phone 6 Pro - Pertarungan Dua Telefon 'Gaming'

Berdasarkan corak industri telefon pintar dalam beberapa tahun yang lepas, kita dapat melihat kemunculan peranti 'gaming' semakin kerap hadir.

Jenama Black Shark dan Asus ROG Phone merupakan salah satu jenama terawal dalam pasaran telefon gaming dan mereka masih lagi kukuh peganganya dalam industri ini.

Berbeza pula dengan jenama lain seperti Razer Phone yang menjadi antara yang terawal tetapi telah diberhentikan penghasilannya oleh Razer itu sendiri.

Tahun 2022, Asus ROG Phone 6 Pro dan Black Shark 5 Pro merupakan antara telefon 'gaming' terbaik dan menjadi pilihan utama di dalam industri ini.

Peranti-peranti 'gaming' tersebut telah dihasilkan untuk memberi prestasi unggul dan optimum dalam mengendalikan permainan mudah alih yang ada di pasaran ketika ini.

Sudah tentu pembaca sebelum ini tertanya-tanya akan perbandingan prestasi antara kedua-dua peranti tersebut dalam mengendalikan mobile games yang ada.

{suggest}

Sebelum itu, berikut merupakan spesifikasi ringkas untuk Black Shark 5 Pro dan Asus ROG Phone 6 Pro:

Black Shark 5 Pro

  • Cip Pemprosesan – Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 (4nm)

  • Memori & Storan – RAM 12GB, Storan 256GB  

  • Sistem Operasi – Joy UI 13

  • Bateri & Pengecas – 4,650mAh, Pengecasan Pantas 120W 

  • Skrin – Paparan OLED, 6.67 inci, 120Hz

  • Kamera Utama – 108MP (lebar), 13MP (ultra-lebar), 5MP (makro telefoto) 

  • Kamera Swafoto – 16MP (lebar) 

  • Ciri Istimewa – Pembesar suara stereo, butang trigger fizikal


Asus ROG Phone 6 Pro

  • Cip Pemprosesan – Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm)

  • Memori & Storan – RAM 18GB, Storan 512GB  

  • Sistem Operasi – Android 12

  • Bateri & Pengecas – 6000mAh, Pengecasan Pantas 65W

  • Jenis & Saiz Paparan – Paparan AMOLED, 6.78 Inci, 165Hz

  • Kamera Utama – 50MP (lebar), 13MP (ultra-lebar), 5MP (makro) 

  • Kamera Swafoto – 12MP (lebar) 

  • Ciri Istimewa – Pembesar suara stereo, butang air trigger, 2 port USB Type-C 3.1 (sisi) dan USB Type-C 2.0 (bawah)


Mari kita lihat perbandingan penuh akan prestasi yang diberikan kedua-dua peranti gaming utama tahun 2022 ini.

Rekaan


(mempunyai estetik gaming yang tulen dan tersendiri)

Black Shark 5 Pro (white) dan Asus ROG Phone 6 Pro (storm white) menampilkan rekaan dan bentuk yang berbeza untuk tahun 2022.

Kapsyen: Black Shark 5 Pro VS Asus ROG Phone 6 Pro


Peranti ROG membezakan peranti gaming yang lain dengannya melalui pengenalan skrin paparan OLED tambahan 2 inci di belakang peranti tersebut.

Kapsyen: Asus ROG Phone 6 Pro


Selain itu, ROG mempunyai saiz yang sedikit lebar dan tekstur panel belakang matte yang lebih baik dan selesa apabila menggunakan peranti ini.

Manakala, peranti Black Shark pula masih mempunyai estetik gaming melalui corak futuristic di belakangnya tetapi lebih ringkas serta minimal berbanding peranti ROG.

Kapsyen: Black Shark 5 Pro


Walaupun begitu, masing-masing mempunyai tetapan butang trigger ditempat sisi kanan peranti yang sama dan kita akan membincangkan prestasi butang trigger setiap peranti ini dalam segmen seterusnya.

Butang Trigger


(Butang trigger fizikal vs butang air trigger)

Saya mula dengan mengulas butang trigger fizikal pada Black Shark 5 Pro. Secara dasarnya, butang trigger pada Black Shark 5 Pro ini sama dengan adiknya, Black Shark 5 di mana ia boleh diaktif dan nyahaktif melalui mekanisme disisi butang trigger-nya.



Kedudukan mekanisme yang jauh daripada capaian jari anda, memudahkan anda untuk bermain sebarang permainan mudah alih. Tambahan lagi, anda tidak perlu risau akan menyahaktifkan butang ini secara tidak sengaja ketika bermain games nanti.

Tindak balas yang diberi juga sememang kena dan sepadan seperti yang kita harap kerana butang fizikal memberi kelebihan dari segi penggunaan dan deria sentuh ketika bermain games.

ROG Phone 6 Pro pula menggunakan butang air trigger di mana ia tidak ada butang fizikal tetapi lebih kepada mengesan perbezaan tekanan pada kawasan butang ketika anda menggunakannya.



Saya berpendapat mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak menyukai butang ini dek kerana ketiadaan unsur fizikal pada butang peranti ini.

Walaupun begitu, ingin saya tekankan tindak balas dan haptik yang diberikan ketika menggunakan butang air trigger ini tetap baik dan tip top. Selain itu, butang pada peranti ROG ini tidak kurang hebatnya malah lebih baik berbanding pendahulunya walaupun ketiadaan unsur fizikal padanya seperti Black Shark 5 Pro.

Prestasi


(Masing-masing mempunyai kuasa yang berbeza tetapi mampu mengendalikan semua games di luar sana)

Untuk prestasi, saya ingin mengingatkan pembaca bahawa kedua-dua peranti menggunakan cip pemprosesan yang berbeza tetapi dalam siri Snapdragon 8 Gen 1 yang sama.

Saya telah menguji peranti Black Shark dan ROG dalam 3 jenis ujian - Geekbench 53DMark (wild life extreme, wild life extreme stress test) dan CPU Throttling.



Secara asasnya, memang dan pasti ada perbezaan dalam statistik dan angka antara prestasi yang ditawarkan peranti Black Shark dan ROG ini. Walau bagaimanapun, anda kena tahu bahawa statistik tersebut bukanlah satu-satu faktor yang perlu kita utamakan.

Dalam masa yang sama, ROG Phone 6 Pro tetap mengungguli dalam ujian melalui aplikasi 3DMark berbanding Black Shark 5 Pro tetapi ini sudah dijangkakan dek kerana cip 8+ Gen 1 mempunyai sedikit kelebihan berbanding abangnya - 8 Gen 1.





Walaupun begitu, perbezaan antara kedua-dua peranti ini tidaklah ketara sangat dan jika pembaca melihat gambar di bawah, masing-masing juga mempunyai suhu maksimum yang sama dalam ujian ketahanan pemprosesan mereka.





Selain daripada itu, prestasi yang diberikan kedua-dua peranti ini juga tidak mempunyai beza yang sangat ketara dalam ujian melalui aplikasi CPU Throttling.



 

Walaupun setelah diuji dalam ujian ini selama 15 minit, penurunan prestasi daripada kedua-dua peranti ini tidak begitu ketara. Jadi ianya tidak salah untuk saya katakan peranti Black Shark 5 Pro dan Asus ROG Phone 6 Pro masing-masing mempunyai ketahanan untuk penggunaan yang lama.



Di samping itu, ROG Phone 6 Pro sekali lagi menunjukkan kemampuan penuhnya dalam aplikasi 3DMark ini apabila aplikasi itu sendiri menyatakan peranti tersebut terlalu berkuasa sekiranya anda cuba memilih ujian slingshot 3DMark.

Dalam prestasi peranti-peranti tersebut mengendalikan permainan mudah alih yang ada seperti Apex Legends, Mobile Legends, Genshin Impact dan lain-lain, Black Shark dan ROG Phone tidak akan sesekali menghampakan anda di luar sana.

Kapsyen: Genshin Impact pada ROG Phone 6 Pro


Sekiranya sesebuah permainan mudah alih itu mempunyai sokongan kadar segar semula 60Hz, 90Hz dan ke atas, kedua-dua peranti ini dapat memberi dan mengekalkan kadar segar semula itu tanpa sebarang pengurangan ketika anda menggunakannya.

Kapsyen: Apex Legends pada Black Shark 5 Pro


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang agak lain daripada kedua-dua peranti ini. Black Shark mempunyai sokongan kadar segar semula maksimum hingga 144Hz tetapi anda tidak mendapat angka tersebut dalam paparan halaman depan (home) peranti.



Berbeza pula dengan ROG Phone, peranti ini akan sentiasa mengekalkan kadar segar semula pada 144Hz walaupun dipaparan halaman depan peranti sekiranya anda memilih tetapan tersebut.

Walaupun begitu, ROG Phone juga hanya memberikan anda kelebihan tersebut pada tetapan 144Hz sahaja. Hal ini kerana peranti ini juga akan memberikan situasi yang sama macam Black Shark itu dalam tetapan kadar segar semula selain 144Hz.



Walau bagaimanapun, optimization tersebut diperlukan oleh kedua-dua peranti ini untuk memberikan pembaca satu penggunaan yang stabil dan seimbang dek kerana kadar segar semula yang tinggi akan meningkatkan penggunaan bateri sesebuah peranti itu.

Oleh itu, kadar bingkai (FPS) sesebuah peranti itu bukanlah petunjuk utama yang boleh kita gunakan dalam mengukur prestasi sesebuah peranti dalam mengendalikan sebarang permainan mudah alih.

Hal ini kerana saya perasan bahawa telefon pintar sentiasa mengekalkan kadar segar semula sesebuah game mudah alih dan FPS tersebut tidak akan turun mahupun berubah sama sekali.

Jadi faktor suhu merupakan kayu ukur yang paling relevan yang saya boleh gunakan untuk membandingkan prestasi gaming antara peranti Black Shark dan ROG Phone ini.

Saya menguji kedua-dua peranti ini dalam kemampuan mereka mengendalikan 2 permainan mudah alih dengan keperluan grafik yang tinggi - Apex Legends dan Genshin Impact.

Ini merupakan suhu yang dapat saya catat daripada peranti Black Shark 5 Pro dan Asus ROG Phone 6 Pro dalam mengendalikan Apex Legends.

Untuk memastikan perbandingan ini adil, saya mula mencatatkan suhu setiap peranti tersebut selepas bermain satu game Apex Legends dalam tetapan grafik tertinggi. Berikut merupakan hasilnya: (40.6°C - Purata Suhu Asus ROG Phone 6 Pro)

Kapsyen: Purata Suhu Asus ROG Phone 6 Pro


Kapsyen: Purata Suhu Black Shark 5 Pro


(42.3°C - Purata Suhu Black Shark 5 Pro)

Secara amnya, saya mendapati ROG Phone 6 Pro mencatatkan kenaikan suhu yang lebih rendah berbanding pesaingnya, Black Shark 5 Pro.

Sementara itu, ini pula merupakan suhu kedua-dua peranti ini dalam ketika bermain Genshin Impact dalam tetapan grafik tertinggi dan kadar segar semula 60Hz.

(41.4°C - Purata Suhu Asus ROG Phone 6 Pro)

Kapsyen: Purata Suhu Asus ROG Phone 6 Pro


Dek kerana Genshin Impact memerlukan dan menggunakan grafik yang lebih besar berbanding Apex Legends, suhu purata yang dicatatkan lebih tinggi.

Kapsyen: Purata Suhu Black Shark 5 Pro


(43.7°C - Purata Suhu Black Shark 5 Pro)

Selepas melihat kemampuan dan prestasi kedua-dua peranti ini dalam catatan suhu, ROG Phone 6 Pro mampu memberikan prestasi gaming yang lebih seimbang tanpa kenaikan suhu yang terlalu tinggi berbanding pesaingnya.

Hal ini demikian, Snapdragon 8+ Gen 1 (ROG Phone 6 Pro) yang baharu ini didakwa mempunyai kecekapan yang lebih baik dan penggunaan kuasa yang lebih optimum daripada abangnya, Snapdragon 8 Gen 1 (Black Shark 5 Pro).

Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti ini tidak dinafikan berkuasa dan mampu menjalankan tugas dan memenuhi sebab disebalik penciptaannya sebagai sebuah peranti gaming.

Bateri


(Black Shark 5 Pro ditempat pertama tetapi ROG Phone 6 Pro tetap pantas mengejar)

Black Shark 5 Pro mempunyai saiz bateri yang lebih kecil pada 4650mAh sahaja tetapi disokong oleh pengecas super pantas berkapasiti 120W.

Manakala ROG Phone 6 Pro pula dipadankan bateri yang jauh lebih besar, 6000mAh dengan sokongan pengecas yang berdaya saing dengan kekuatan 65W.

Saya telah menguji pelbagai permainan mudah alih yang sama seperti Genshin Impact, Apex Legends, COD: Mobile, Diablo Immortal dan banyak lagi untuk kedua-dua peranti ini.

Secara keseluruhannya dan saya pasti pembaca juga dapat agak bahawa ROG Phone 6 Pro mempunyai kemampuan dan prestasi bateri yang lebih baik berbanding pesaingnya Black Shark 5 Pro.

Bateri gedabak bersaiz 6,000mAh itu dan dioptimumkan lagi melalui kecekapan pada Snapdragon 8+ Gen 1, ROG Phone 6 Pro ini mampu memberikan anda masa penggunaan yang sangat lama (purata 5 jam) jika anda cuba bermain daripada paras penuh hinggalah habis.

**waktu penggunaan mungkin berbeza mengikut cara penggunaan, suhu sekeliling, tetapan grafik dan kadar segar semula dan lain-lain.

Tambahan pula, mobile games yang dimainkan ketika penggunaan tersebut berada pada tetapan grafik yang tinggi. Oleh itu, pembaca boleh mendapatkan waktu penggunaan yang lebih lama lagi jika bermain dalam tetapan grafik yang rendah.

Sementara itu, Black Shark 5 Pro pula tidak kurang hebat dalam prestasi bateri. Jika anda bermain dengan tetapan grafik tertinggi sekalipun, anda dapat menikmati purata waktu penggunaan selama 4 jam.

Benar jika pembaca melihat masa penggunaan peranti Black Shark tidak setinggi ROG Phone tetapi pengecasnya 120W yang super pantas mungkin akan mengubah fikiran anda.



Bayangkan pengecasnya mampu mengecas bateri Black Shark ini daripada paras 15% hingga penuh hanya dalam masa purata sekitar 20 minit sahaja.



Untuk ROG Phone pula, pengecas 65W nya pula bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang rendah. Walaupun berbadan besar dengan saiz bateri 6,000mAh, pengecasnya mampu mengecas daripada paras 15% hingga penuh dapat masa 45 minit sahaja.

Secara keseluruhannya, kedua-dua peranti gaming ini mempunyai kelebihan nyata dan kekurangan yang boleh diabaikan dalam prestasi pengecas dan bateri.

Pembesar Suara


(Pembesar suara yang berkualiti dan paling baik dipasaran ketika ini)

Seperti pendahulunya sebelum ini Asus ROG Phone 5 Pro, peranti ketika ini masih mempunyai prestasi yang sangat memberangsangkan dalam kemampuan pembesar suaranya.

Dengan bantuan 2 amplifiers, ROG Phone 6 Pro mampu mencatatkan skor purata -24.1 LUFS (Sangat Baik) di mana itu merupakan skor yang sangat baik.

Seiring dengan Black Shark 5 Pro, peranti kali ini menawarkan prestasi pembesar suara yang sangat-sangat hampir dengan apa yang ditawarkan ROG Phone 6 Pro.

Hal ini kerana Black Shark 5 Pro mencatatkan skor purata -24.0 LUFS (Sangat Baik) dan sangat tidak jauh beza dengan pesaingnya, ROG Phone.

Bagi pendapat saya yang telah menggunakan kedua-dua peranti tersebut, prestasi dan kualiti yang diberikan pembesar suara mereka sangatlah hebat.

Ia seakan-akan kita mendengar muzik atau bunyi daripada pembesar suara external dan bukanlah daripada sesebuah telefon pintar.

Selain itu dalam pengalaman saya menggunakan kedua-dua peranti ini, saya melihat ROG Phone 6 Pro memberikan prestasi bunyi pembesar suara yang lebih hebat jika pembaca bermain permainan mudah alih kerana ia menguatkan lagi bass, kesan khas dan rasa bunyi tersebut.

Manakala, Black Shark 5 Pro pula memberi prestasi yang lebih baik pula dalam bunyi dan suara yang datangnya daripada sumber media seperti menonton YouTube, TikTok, Netflix dan lain-lain.

Kesimpulan

(ROG Phone 6 Pro tidak dinafikan raja peranti 'gaming' dan Black Shark 5 Pro adalah pesaing terdekatnya)

Dalam semua perbandingan antara kedua-dua peranti gergasi gaming ini, kita melihat ROG Phone 6 Pro tidak dinafikan 'King' dalam sebuah peranti khas untuk gaming dalam industri ini.

Hampir kesemua perbandingan antara 2 peranti ini, ROG Phone 6 Pro muncul sebagai juara seperti prestasi pemprosesan, ketahanan bateri, estetik binaan dan lain-lain.

Walaupun begitu, Black Shark 5 Pro juga tetap memberi saingan yang padu dalam ujian ini di mana pembesar suaranya antara yang terbaik dalam industri telefon pintar.

Tambahan lagi, mengecas peranti Black Shark ini adalah satu tarikan utamanya dek kerana pengecas 12oW mampu mengecas hingga penuh dalam 'sekelip mata sahaja'.

Walaupun kedua-duanya mempunyai ciri fizikal tambahan butang trigger, tiada siapa yang juara dalam faktor ini. Hal ini demikian, butang trigger fizikal Black Shark dan air trigger ROG Phone mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada pilihan pengguna.

Saya pasti ada dikalangan pembaca yang lebih sukakan butang trigger fizikal kerana rasa dan pengalaman yang lebih real. Sementara itu, ada juga yang lebih selesa dengan rasa minimum air trigger yang ditawarkan ROG Phone.

Tidak lupa juga individu yang selesa dan suka akan kedua-dua pengalaman butang trigger tersebut seperti saya.

Jika anda seorang yang inginkan peranti gaming berprestasi tertinggi, lebih immersive, mampu menundukkan semua games yang ada, teknologi yang matang, sistem operasi Android asli dan sedia untuk go all out dalam bajet anda, Asus ROG Phone 6 Pro satu-satunya jawapan kepada anda.

Tetapi Black Shark 5 Pro adalah untuk mereka yang inginkan merasai pengalaman gaming sepenuhnya, all out, dan berkemampuan dalam tetapan tertinggi dalam mobile games yang ada di luar sana tetapi pada harga yang lebih mesra poket dan bajet.

Asus ROG Phone 6 Pro

Beli jika:

  • anda ingin merasakan pengalaman mobile gaming paling unggul yang ada di pasaran

  • bajet bukan satu masalah untuk anda

  • anda mencari peranti gaming dengan banyak aksesori tambahan


Jangan beli jika:

  • anda mempunyai bajet yang tidak setara dengan harga ROG Phone 6 Pro.

  • anda mencari peranti gaming yang lebih bajet.

  • anda sudah selesa dengan bermain game dengan estetik yang minimum


Black Shark 5 Pro

Beli jika:

  • anda mencari peranti gaming berprestasi tinggi dengan harga yang lebih mampu milik

  • anda mempunyai bajet sekitar RM3K-RM4K.

  • anda inginkan butang trigger fizikal


Jangan beli jika:

  • anda tidak mempunyai bajet RM3K-4K

  • anda tidak menyukai butang trigger fizikal

  • anda bukan seorang gamer yang tegar


Beli Black Shark 5 Pro di:
Shopee - https://invle.co/clczva0; Lazada - https://invol.co/clczvar

Beli Asus ROG Phone 6 Pro di:
Shopee - https://invle.co/clczvdz; Lazada - https://invol.co/clczvgl