Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
batman hot wheels

Hot Wheels Akan Lancarkan Koleksi Ulang Tahun Ke-85 ‘Batmobile’

Diterbitkan Jun 19, 2024 ยท Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh ariff bukhari

Sempena sambutan ulang tahun ke-85 kereta Batman atau lebih dikenali sebagai Batmobile, Hot Wheels akan melancarkan set eksklusif yang menampilkan 6 Batmobile ikonik seperti yang pernah dipaparkan selama beberapa dekad dari TV dan filem.

Keseluruhan set ini dibungkus dalam satu kotak akrilik kuning besar yang menampilkan paparan tingkap untuk setiap Batmobile, kawasan paparan bertema termasuklah patung kecil Batman.

Bermula dari tahun 1966 untuk era Adam West Batman dari siri TV’ yang popular, ia turut menampilkan versi Micheal Keaton dari filem ikonik arahan Tim Burton tahun 1989.

Hot Wheels Akan Lancarkan Koleksi Ulang Tahun Ke-85 ‘Batmobile’
Hot Wheels Akan Lancarkan Koleksi Ulang Tahun Ke-85 ‘Batmobile’

Sudah tentu, Val Kilmer menyertai set ini eksklusif ini dari filem Batman Forever tahun 1995, diikuti dengan Batmobile dari Batman: The Animated Series serta Tumbler Batmobile daripada The Dark Knight Trilogy dan terbaru daripada filem The Batman 2022 lakonan Robert Pattinson.

Set Koleksi Ulang Tahun Batmobile Ke-85 ini akan tiba di MattelCreations.com bermula 25 Julai 2024 pada harga $50 (~RM235).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Hot Wheels Keluarkan Edisi Eksklusif RLC Nissan Skyline GT-R (R34) Berharga ~RM118
  • Hot Wheels Akan Keluarkan "Transformers Optimus Prime", Boleh 'Transform'

Sumber: Mattel Creations

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY