Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Communications Construction ECRL_majlis lantikan Maxis

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 – Tiket Mula Dijual Pertengahan November

Diterbitkan Oktober 19, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh Amalina Athman

Kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu akan bermula RM125 sehala untuk perkhidmatan Transit Kelas Ekonomi, manakala perkhidmatan Ekspres bermula RM147 bagi perjalanan sejauh 523 kilometer itu.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri telah meluluskan struktur tambang tersebut pada 16 Oktober lalu, dengan penetapan harga berasaskan mekanisme tambang dinamik.

Melalui mekanisme tersebut, harga tiket boleh berubah mengikut faktor seperti waktu perjalanan, tahap permintaan dan ketersediaan tempat duduk, selain mempunyai elemen intervensi sekiranya harga meningkat terlalu tinggi.

Dari segi perkhidmatan, ECRL menawarkan pilihan Transit yang berhenti di setiap stesen dan Ekspres yang hanya berhenti di stesen utama. Penumpang juga boleh memilih antara tiga kelas tempat duduk, iaitu Ekonomi, Ekonomi Premium dan Perniagaan, mengikut keperluan masing-masing.

kadar tambang ECRL_03

Bagi laluan dari Gombak ke Kuala Terengganu, yang meliputi jarak 378 kilometer, tambang bermula RM95 untuk Transit dan RM110 untuk Ekspres. Untuk perjalanan sejauh 209 kilometer dari Gombak ke KotaSAS pula, tambang laluan Transit dan Ekspres masing-masing bermula RM60 dan RM68.

kadar tambang ECRL_01

Kadar tambang permulaan yang sama turut terpakai bagi perjalanan arah sebaliknya.

Seiring dengan pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat, diskaun 50% ditawarkan kepada kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas berusia 60 tahun ke atas serta pesara kerajaan. Sementara itu, pelajar berumur 13 hingga 24 tahun layak menikmati diskaun 40%. Kedua-dua tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat.

kadar tambang ECRL_02

Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan dibuka pada pertengahan November 2026, sebelum operasi komersial bermula pada pertengahan Disember tahun ini. Kadar tambang bagi stesen di sepanjang jajaran ECRL juga dijangka tersedia apabila penjualan tiket dibuka.

kadar tambang ECRL_05

Pada peringkat permulaan, ECRL akan menggunakan 10 set tren elektrik berbilang unit (EMU) yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 km/j.

Dari segi kekerapan, perkhidmatan ini dijadualkan menawarkan 12 perjalanan sehari dari Isnin hingga Khamis, iaitu enam perjalanan bagi setiap arah. Dari Jumaat hingga Ahad pula, sebanyak 16 perjalanan sehari dijadualkan, dengan lapan perjalanan bagi setiap arah.

KENYATAAN MEDIA | 19 OKTOBER 2026

KERAJAAN LULUS CADANGAN TAMBANG ECRL, GOMBAK-KOTA BHARU BERMULA RM125#ECRL #EastCoastRailLink#LaluanRelPantaiTimur pic.twitter.com/KsEpEAfjCe

— East Coast Rail Link (@ecrlOfficial) October 19, 2026

Berkaitan

  • Maxis Dilantik Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL
  • Maxis Bekerjasama Dengan U Mobile Bangunkan Infrastruktur Mudah Alih Sepanjang Jajaran ECRL
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ECRL Mula Ujian Integrasi Sistem, 'Fault-Free Run' - Disasar Mula Operasi Lebih Awal Disember Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti China Didapati Beli 2 Cip Canggih Nvidia Pada Harga ~RM524 Ribu
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • 9 Jenama DRAM Pihak Ketiga Yang Sedang Kuasai Pasaran Global Setakat Ini
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
©2026 WISER.MY